Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AP Parti Pekerja henti kumpul dana selepas terima derma awam lebih $1 juta

Oct 27, 2018 | 01:30 PM



AHLI majlis bandaran Parti Pekerja (WP), yang terlibat dalam tuntutan mahkamah bernilai jutaan dolar berhubung dengan bayaran yang didakwa tidak wajar, telah mengakhiri usaha mengumpul dana pada 10 pagi Sabtu (27 Oktober), selepas mengumpulkan lebih $1 juta.



Ia telah mengemukakan rayuan untuk mengumpul dana itu  pada Rabu.



Apabila rayuan itu ditutup, pengerusi WP Cik Sylvia Lim, setiausaha agung WP Encik Pritam Singh dan mantan ketua WP Encik Low Thia Khiang telah mengumpulkan $1,008,802.



“Kami menutup rayuan ini buat masa ini, kerana jumlah yang dikumpulkan dapat menampung kos bayaran guaman yang diperlukan pada masa ini,” kata pemimpin WP itu, menulis dalam blog In Good Faith.



Mereka juga berkata akan memberitahu awam tentang cara dana yang dikumpulkan itu digunakan menerusi blog itu.



“Kami mengucap sebanyakbanyak terima kasih. Sokongan kewangan ini genting, tetapi sokongan moral yang anda berikan kepada kami tidak ternilai,” kata mereka.



Trio pemimpin itu pertama kali merayu kepada awam untuk membantu mereka membiayai kos guaman pada petang Rabu, dengan berkata mereka telah membelanjakan hampir $600,000 bagi menampung kos guaman, termasuk menggunakan wang simpanan dan sumbangan rakan.



Ini telah ‘mengurangkan sumber peribadi’, kata mereka. “Kami perlu sumber kewangan untuk menentang tindakan guaman ini dan berdepan dengan kemungkinan dijadikan muflis,” kata mereka.



Trio ini, dan dua lagi ahli majlis bandaran sedang berhadapan dengan dua tindakan guaman bernilai melibatkan bayaran $33.7 juta yang dianggap tidak wajar. Satu tindakan dikemukakan ke mahkamah oleh Majlis Bandaran Aljunied-Hougang, seperti yang diarahkan panel bebas, sementara tindakan kedua dihadapkan ke mahkamah oleh Majlis Bandaran Pasir Ris-Punggol.



Mereka dituduh tidak menjalankan amanah mentadbirkan kewangan majlis bandaran dengan betul dan perlu mengganti bayaran yang dianggap tidak wajar.



Trio WP itu diwakili peguam kanan Encik Chelva Rajah dari Tan, Rajah & Cheah dalam kes yang kini dihadapkan ke Makhamah Tinggi. Perbicaraan itu, yang bermula pada 5 Oktober, dijadual berlangsung sehingga 2 November.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >