Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AP wanita gesa lebih peluang diberi bagi sokong aspirasi kaum Hawa

Feb 26, 2021 | 05:30 AM



ANGGOTA Parlimen (AP) wanita semalam menggesa lebih banyak peluang diberi kepada kaum wanita untuk menyokong aspirasi mereka.



Mereka turut menyarankan lebih sokongan bagi wanita yang memikul tanggungjawab menjaga anggota keluarga mereka.



Lebih 20 AP menyertai hari kedua perbahasan Belanjawan di Parlimen semalam.



Sementara banyak aspek dalam Belanjawan tahun ini mempunyai kesan pada sektor yang disertai ramai wanita dan dapat menangani keprihatinan mereka, Setiausaha Parlimen (Kesihatan) Rahayu Mahzam berkata masih ada ruang yang boleh dipertingkat untuk membangunkan potensi kaum wanita.



Ini lebih-lebih lagi dengan stereotaip jantina serta ketidaksamaan antara kaum Adam dengan Hawa yang terus wujud.



"Itulah antara sebab perbincangan tentang pembangunan wanita dimulakan, iaitu untuk menggalak perbincangan tentang hal ini dalam seluruh masyarakat bagi mengubah sikap dan menggesa perubahan yang bukan sahaja memberi manfaat kepada wanita tetapi seluruh masyarakat," ujar Cik Rahayu yang juga Anggota Parlimen GRC Jurong.



Sememangnya, beliau berkata kaum wanita mempunyai banyak potensi untuk membantu Singapura bangkit lebih kukuh daripada pandemik ini.



"Saya menyeru kepada semua lapisan masyarakat untuk bersikap terbuka dan memberi peluang yang tidak terbatas kepada kaum wanita.



"Jangan pandang remeh peranan, tanggungjawab dan sumbangan kaum wanita. Bak kata pepatah, tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia," ujarnya.



Cik Rahayu berkata pemerintah terus komited menyokong penjaga dan lebih banyak rancangan akan dikongsi kemudian.



Beberapa AP wanita turut menyuarakan keperluan bagi lebih banyak sokongan untuk membantu wanita yang memainkan peranan menjaga anggota keluarga mereka.



Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga) Sun Xueling berkata wanita sering memainkan peranan penting menjaga anggota keluarga mereka dan mereka yang ada anak kecil dengan keperluan pembangunan mungkin menghadapi lebih cabaran. Oleh itu, pemerintah akan mempertingkat usaha menyokong kanak-kanak ini dengan lebih baik.



Antara lain, pemerintah mengumumkan Program Sokongan Inklusif atau InSP yang akan dirintis untuk menyediakan sokongan di sekolah buat kanak-kanak yang memerlukan sokongan campur tangan awal hingga tahap sederhana.



Beberapa AP wanita turut melahirkan harapan agar lebih banyak usaha dijalankan untuk memperkasa wanita dan membantu mereka mencapai aspirasi kerjaya mereka.



Cik Tin Pei Ling (MacPherson) berkata usaha memperkasa wanita dalam bidang digital juga misalnya akan membantu menangani cabaran kekurangan bakat digital dan menjana pertumbuhan ekonomi lebih besar.



Lebih banyak peluang pekerjaan, prospek kerjaya lebih baik dan pertumbuhan gaji boleh dijangkakan dalam sektor teknologi dan inovasi pada masa akan datang.



"Kalau kita tidak membantu kaum wanita merebut peluang ini, mereka akan ketinggalan.



"Meskipun tiada perubahan besar dalam jumlah wanita yang bekerja sebelum dan selepas kemuncak pandemik Covid-19, terdapat keperluan untuk kita meningkatkan usaha memperkasa golongan wanita dalam bidang digital," ujar beliau.



Pelbagai isu lain yang ditimbulkan AP semalam termasuk isu bakat asing, peranan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) dan mayor serta Pelan Hijau Singapura.



Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, dijangka memberi respons kepada pelbagai saranan dan keprihatinan yang ditimbulkan AP di akhir perbahasan itu hari ini.




"Saya menyeru kepada semua lapisan masyarakat untuk bersikap terbuka dan memberi peluang yang tidak terbatas kepada kaum wanita. Jangan pandang remeh peranan, tanggungjawab dan sumbangan kaum wanita. Bak kata pepatah, tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia."
- Setiausaha Parlimen (Kesihatan) Rahayu Mahzam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >