Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aplikasi TransitLink, EZ-Link akan digabung

Mar 29, 2023 | 05:30 AM



PENGGUNA yang menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan TransitLink dan EZ-Link tidak lagi perlu mengakses aplikasi mudah alih yang berasingan atau berurusan dengan pasukan sokongan pelanggan yang berbeza sebaik sahaja langkah menggabungkan kedua-dua syarikat itu selesai.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata pada Selasa dalam kenyataannya bahawa dua anak syarikat miliknya akan menggabungkan perkhidmatan berkaitan tiket dan kad perjalanan mereka ke dalam satu aplikasi, dengan tujuan menggabungkan syarikat-syarikat itu menjadi satu entiti pada separuh kedua 2024.



Ini demi memudahkan lagi pengalaman penumpang apabila membayar ketika menaiki bas dan MRT, yang boleh melibatkan proses yang mengelirukan.



Sebagai contoh, penumpang boleh membeli dan menambah nilai kad ez-link mereka melalui EZ-Link dan TransitLink, tetapi mereka hanya berurusan dengan EZ-Link untuk fungsi tertentu, seperti penyekatan kad dan tambah nilai automatik.



"Menyatukan semua perkhidmatan tiket transit dan kad perjalanan akan menyediakan titik sentuh perkhidmatan pelanggan sehenti untuk penumpang," kata LTA sambil menambah bahawa butiran lanjut akan diumumkan apabila rancangan dimuktamadkan.



"Ketika penyatuan sedang berlangsung, penumpang boleh terus mendekati TransitLink dan EZ-Link untuk perkhidmatan masing-masing. Pengguna juga boleh terus menggunakan aplikasi mudah alih sedia ada mereka dan tidak akan ada perubahan pada cara penumpang membayar tambang," kata LTA.



TransitLink dan EZ-Link telah ditubuhkan oleh LTA untuk tujuan berbeza - yang pertama pada 1987 untuk memproses transaksi tambang dan tiket bagi pengangkutan awam, termasuk menambah nilai kad perjalanan, manakala syarikat yang kedua pada 2002 untuk mengawasi penjualan, pengedaran dan pengurusan kad ez-link.



LTA berkata perkhidmatan ini semakin berkait rapat selepas pelancaran SimplyGo pada 2019, sistem berasaskan akaun yang membolehkan penumpang membayar menggunakan kad bank mereka ketika menaiki kereta api dan bas.



Mereka yang mempunyai kad ez-link dan konsesi yang dinaik taraf juga boleh menambah nilai kad mereka semasa dalam perjalanan.



Disebabkan SimplyGo, TransitLink dan EZ-Link kini menyediakan beberapa perkhidmatan yang sama pada aplikasi mudah mereka, termasuk tambah nilai kad dan pengesanan perbelanjaan perjalanan.



Namun, terdapat juga perkhidmatan yang tersedia pada satu aplikasi sahaja.



Sebagai contoh, pelajar dan warga emas boleh memohon kad konsesi hanya dengan menggunakan aplikasi TransitLink SimplyGo, tetapi kad konsesi yang menyokong SimplyGo boleh disekat menggunakan aplikasi EZ-Link sahaja.



Kedua-dua syarikat itu juga mengendalikan pusat panggilan berasingan walaupun beberapa perkhidmatan mereka bertindih.



Memandangkan perkembangan landskap pembayaran transit, LTA berkata pada Selasa bahawa penyepaduan perkhidmatan TransitLink dan EZ-Link adalah tepat pada masanya.



Separuh daripada keseluruhan perjalanan pengangkutan awam bagi golongan dewasa kini dibuat menggunakan SimplyGo dan penerimaan dijangka berkembang apabila lebih banyak kategori kad konsesi dinaik taraf untuk menyokongnya.



Ketua eksekutif LTA, Encik Ng Lang, berkata:



"Kami akan bekerjasama rapat dengan TransitLink dan EZ-Link dalam proses penstrukturan semula untuk memastikan peralihan yang lancar bagi kakitangan dan penumpang."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >