Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

APM: Aisyah Aziz raih pencalonan terbanyak

Aug 22, 2017 | 06:55 PM



HARYANI ISMAIL

PENYANYI jelita dan tinggi lampai Singapura, Aisyah Aziz, meraih pencalonan terbanyak dan dipertandingkan dalam sembilan kategori bagi Anugerah Planet Muzik (APM) 2017.

Selain mempertaruhkan lagu Tanda Tanya dan bersaing dengan nama-nama besar seperti Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah dan Raisa Andriana dalam kategori Artis Terbaik (Wanita), Aisyah, 23 tahun, turut dicalonkan bagi kategori Kolaborasi Terbaik (Lagu), Lagu Paling Popular (Singapura), Lagu Paling Popular APM, Artis Paling Popular (Singapura) dan Artis Paling Popular APM.

Kerjasamanya dengan bakat setempat, Haikal Ali, 24 tahun, dalam lagu duet Senyum Saja juga membawa pada pencalonan dalam kategori Duo/Kumpulan Terbaik dan Lagu Terbaik (Singapura).

Aisyah juga merupakan antara calon kategori Ikon Media Sosial seiringan dengan Anji, Harris Baba, Aiman Tino, Raisa, Wany Hasrita, Ayda Jebat, Sufi Rashid, Rizky Febian, Yuna dan Taufik Batisah.

Kesemua butiran pencalonan APM 2017 yang bakal berlangsung pada Teater MES, Mediacorp pada 14 Oktober ini didedahkan dalam sidang media di Hotel Orchard, petang tadi.

Ini merupakan tahun ke-16 APM dianjurkan Mediacorp Suria, Warna 94.2FM dan Ria 89.7FM.

Menyusuli Aisyah dengan enam pencalonan pula ialah pelantun lagu Aku Sanggup, Sufi Rashid, 26 tahun.

Beliau dicalonkan dalam kategori Kolaborasi Terbaik (Lagu), Artis Paling Popular (Singapura), Lagu Paling Popular (Singapura), Lagu Paling Popular APM, Artis Paling Popular APM dan Ikon Media Sosial.

Berkongsi kedudukan sama dengan Sufi menerusi enam pencalonan adalah dua penyanyi manis Indonesia, Isyana Sarasvati, 24 tahun dan Raisa Andriana, 27 tahun.

Kededua Aisyah dan Sufi yang berpangkalan di Malaysia tidak dapat hadir di sidang media tadi kerana komitmen tugas.

Ketika dihubungi Berita Harian, Aisyah dengan nada terharu menjelaskan:

"Saya terkejut apabila mendapat panggilan telefon daripada ibu yang memberitahu tentang berita baik ini.

"Alhamdulillah, jika sebelum ini paling banyak saya dapat tiga atau empat pencalonan, sembilan pencalonan merupakan rezeki yang saya syukuri.

"Lebih bermakna lagi kerana salah sebuah lagu yang dicalonkan iaitu Senyum Saja merupakan ciptaan bersama Aisyah bersama Haikal, Haramain Osman dan Judah Lyne.

"Sebelum ini, memang saya menghadapi kesukaran menjana ilham sendiri yang indah. Dengan lagu ini dicalonkan, ia dorongan buat saya menulis lebih banyak lagu."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >