Bank makanan pertama di Singapura membantu 1,000 orang yang memerlukan di acara kemasyarakatan pertamanya pada Sabtu (13 April).
Satu aplikasi (app) bimbit, TangoTab, juga dilancar, bagi menyokong Bank Makanan Singapura (FBSG)
FBSG, yang ditubuhkan pada 2012, ialah badan kebajikan berdaftar dan bertujuan untuk menyelaraskan derma makanan di Singapura.
Buat masa ini, ia telah membentuk rangkaian anggota merangkumi 300 pertubuhan bukan pemerintah dan membantu lebih 150,000 benefisiari.
Dalam kenyataannya, TangoTab berkata ia akan menderma kepada FBSG untuk membiayai kos memberi makanan kepada seorang benefisiari setiap kali seorang pengguna app itu makan di tempat makanan yang menjadi rakan kongsinya.