Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Arahan Pofma: 6 pihak buat kenyataan palsu tentang variasi Covid-19, defisit HDB

Oct 15, 2022 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) telah mengarahkan Pejabat Pofma (Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian) untuk mengeluarkan Arahan Pembetulan ke atas laman Thailand Medical News, Goh Meng Seng, Goh Meng Seng People's Power Party, dan HardwareZone Forum berhubung kenyataan palsu dan mengelirukan tentang subvarian XBB Covid-19.



Kementerian Pembangunan Negara (MND) pula telah mengarahkan Pejabat Pofma untuk mengeluarkan Arahan Pembetulan ke atas kiriman Facebook yang diterbitkan oleh Encik Yeoh Lam Keong serta artikel dan kiriman media sosial yang diterbitkan oleh laman web sosiopolitik The Online Citizen (TOC). Artikel dan kiriman media sosial itu mengandungi kenyataan palsu dan mengelirukan mengenai defisit Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan rizab lalu Singapura.



Di bawah Arahan Pembetulan itu, ia memerlukan setiap daripada mereka untuk menyertakan satu notis pada catatan asalnya, dengan pautan ke laman penjelasan pemerintah.



Menurut MOH dalam satu kenyataan, keempat-empat pihak telah berkongsi kenyataan palsu dan mengelirukan dalam satu artikel bertajuk, "Berita Terkini! Singapura sedang diserang oleh varian baru SARS-CoV-2 - XBB - dengan jangkitan Covid-19 dan pesakit yang masuk ke hospital meningkat.



Langkah itu diambil selepas MOH mengeluarkan satu kenyataan Selasa lalu untuk menyangkal khabar angin yang tersebar di wadah mesej WhatsApp bahawa terdapat peningkatan pesat dan besar dalam kes Covid-19 di Singapura dengan penyakit teruk dan kematian akibat varian XBB.



Pada masa itu, MOH telah menyatakan bahawa ia sedang memulakan tindakan di bawah Pofma dan manipulasi dalam talian terhadap kepalsuan sedemikian.



MOH semalam merujuk kepada artikel yang disiarkan pada 9 Oktober oleh Thailand Medical News di laman web, laman Facebook, dan akaun Twitter mereka.



Artikel itu juga telah dikongsi di halaman Facebook milik Encik Goh Meng Seng pada 10 Oktober lalu dan juga di forum HardwareZone pada hari yang sama.



Menurut MOH, artikel itu mendakwa bahawa Singapura mengalami kes peningkatan jangkitan dengan penyakit teruk dan kematian akibat varian XBB walaupun bagi mereka yang telah menerima vaksin sepenuhnya.



Ia juga mendakwa bahawa rumah mayat, rumah pengebumian, dan tempat membakar mayat menghadapi permintaan yang tinggi.



MOH menyatakan bahawa tuntutan-tuntutan itu adalah palsu.



"Tiada bukti subvarian XBB menyebabkan penyakit yang lebih teruk berbanding varian sebelumnya. Malah, data tempatan kami dalam dua minggu lalu menunjukkan bahawa kes XBB dianggarkan mempunyai risiko 30 peratus lebih rendah untuk dimasukkan ke hospital berbanding kes varian Omicron BA.5," tambah kementerian itu.



MOH menyatakan mereka juga tidak melihat sebarang kenaikan pada kes kematian akibat Covid-19 sepanjang bulan lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >