Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Arkitek dijel muat naik gambar intim dua wanita dalam talian

Apr 06, 2023 | 05:30 AM



SEORANG arkitek dijatuhi hukuman penjara 10 bulan pada Rabu kerana memuat naik ke sebuah forum seks dalam talian gambar intim dua wanita yang diambilnya.



Wanita itu secara berasingan bersetuju untuk bergambar bagi Heng Boon Keng, tetapi dengan syarat dia tidak berkongsi imej yang diambilnya dengan sesiapa pun.



Bagamanapun, Heng, 54 tahun, memuat naik gambar itu ke forum Sammyboy, platform dalam talian di mana pengguna membincangkan topik bersifat seksual.



Menurut laporan The Straits Times, Heng melakukan perkara itu untuk menerima pujian dan maklum balas lain daripada pengguna di forum itu.



Kesalahannya terbongkar hanya apabila rakan mangsa mengenal pasti wanita itu daripada pos yang dimuat naik Heng dan memberitahu mangsa. Kededua wanita itu kemudian membuat laporan polis.



Heng, yang pernah menjadi arkitek utama kanan sebuah firma perundingan infrastruktur, mengaku bersalah bagi dua pertuduhan mengedar gambar intim.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Yohanes Ng berkata Heng aktif dalam forum Sammyboy selepas membuka akaunnya pada Januari 2005. Hingga September 2021, sejumlah 1,146 pos dibuatnya di forum tersebut.



Dia mengambil gambar mangsa pertama pada 2012 ketika beliau berusia 25 tahun.



Bagi wanita kedua, mahkamah mendengar bahawa Heng melakukan beberapa sesi penggambaran bersamanya dari 2013 hingga 2015 ketika mangsa berusia antara 18 dan 20 tahun.



Peguam Heng, Cik Gloria James dan Cik Chong Xin Yi, meminta dia dikenakan hukuman penjara empat bulan dan denda $1,500.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >