Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Armenia gesa misi PBB pantau hak asasi di Nagorno-Karabakh

Sep 24, 2023 | 06:10 PM



MOSCOW: Armenia menggesa agar misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dikerah segera bagi memantau hak asasi manusia dan keselamatan di Nagorno-Karabakh sedang bantuan dijangka tiba di rantau itu di bawah tempoh gencatan senjata.


Azerbaijan mengisytiharkan gencatan senjata pada Rabu selepas memaksa tentera Armenia untuk melepaskan Karabakh, sebuah enklaf etnik Armenia, ke bawah naungan Azeri.

Penduduk Armenia berkata mereka takut ditindas jika kekal di sana.

Karabakh, yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Azerbaijan, dihuni lebih 120,000 warga Armenia dan telah dikendalikan oleh pentadbiran yang terbentuk sejak sejak awal 1990an selepas perpecahan Soviet Union.

Azerbaijan telah berjanji untuk melindungi hak asasi warga Armenia tetapi berkata jika mereka memilih untuk meninggalkan negara itu mereka bebas berbuat demikian.

“Masyarakat antarabangsa perlu mempertingkat usaha mengerah misi silang agensi oleh PBB kepada Nagorno-Karabakh dengan tujuan memantau dan menilai hak asasi manusia, situasi kemanusiaan dan keselamatan di tapak tersebut,” kata Menteri Luar Armenia, Encik Ararat Mirzoyan kepada PBB berdasarkan transkrip ucapannya.

Menteri Luar Azerbaijan, Encik Jehyun Bayramov, dalam ucapannya kepada PBB berkata negaranya akan meneruskan usaha “mendorong usaha mewujudkan keamanan, penyepaduan semula, dan kewujudan bersama secara aman pasca konflik.”

Armenia, yang disokong Russia, tewas dalam perang dengan Azerbaijan, yang disokong Turki, pada 2020 dalam menentukan hak terhadap Nagorno-Karabakh.

Azerbaijan telah menyediakan ruang bagi puluhan ribu warga Armenia dari kawasan itu, termasuk di hotel-hotel berdekatan sempadan.

Ini meskipun Perdana Menteri Azerbaijan, Encik Nikol Pashinyan, berkata beliau tidak ingin warga Armenia meninggalkan rumah kecuali jika perlu.

Anggota Majlis Keselamatan PBB menggesa agar keamanan diwujudkan di rantau itu, dengan beberapa sekutu Armenia di Barat mengecam operasi ketenteraan Azeri itu.

Dengan ribuan warga Armenia di Karabakh yang kini tidak mempunyai makanan, konvoi bantuan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah telah ke Karabakh pada Sabtu buat kali pertama sejak konflik itu bermula.

Menurut Russia, ia telah menghantar lebih 50 tan makanan dan bantuan lain ke Karabakh.

Dengan lebih 2,000 anggota pengaman di rantau itu, Russia berkata di bawah syarat gencatan senjata itu sebanyak enam kenderaan berperisai, lebih 800 senjata kecil, senjata anti-kereta kebal dan sistem pertahanan udara mudah alih dan sekitar 22,000 butir peluru telah diserahkan pada Sabtu.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken yang telah mengadakan mesyuarat terdesak dengan Armenia dan Azerbaijan, berkata dalam satu kiriman media sosial:

“Amerika Syarikat akan meneruskan sokongan kukuhnya bagi Armenia dan terhadap kedaulatan serta integriti wilayahnya.” – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >