Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN BELANJAWAN

Asatizah boleh main peranan penting di peringkat global

Mar 14, 2023 | 05:30 AM



GOLONGAN asatizah Singapura boleh memainkan peranan di peringkat global, dengan membawa kepakaran dan memberi konteks kepada masyarakat minoriti Islam di negara sekular lain.



Ini sebabnya usaha Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sekarang dalam membina gedung ilmu adalah penting untuk asatizah bukan sahaja untuk membimbing masyarakat dengan yakin, tetapi menyumbang kepada masyarakat lebih luas.



Menjelaskan hal ini, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata terdapat keperluan besar untuk membina gedung ilmu dalam bidang keagamaan yang dapat dikongsi dan dimanfaatkan oleh masyarakat Muslim serupa seperti di Singapura - masyarakat yang hidup sebagai minoriti dalam negara sekular, progresif, inklusif dan dilindungi oleh undang-undang.



Kata Encik Masagos, yang juga Menteri Kedua Kesihatan, terdapat sekitar 400 juta Muslim di dunia, yang berkongsi ciri-ciri serupa dengan masyarakat Muslim di sini.



"Mereka perlukan bimbingan dalam menjalani kehidupan agama yang sesuai, relevan dengan konteks kehidupan mereka tanpa melupakan ajaran dan prinsip agama kita.



"Disebabkan itu, kita perlu membangun gedung ilmu tersebut.



"Kita lihat banyak sekali bimbingan agama itu perlu diberikan mengikut konteks, keperluan semasa dan relevan lantas memerlukan para agamawan kita untuk mendalami gedung ilmu ini serta memberi bimbingan untuk mengaplikasikan ilmu mereka dalam konteks yang sesuai," terang beliau.



Encik Masagos memberi contoh usaha Program Kajian dalam Penyelidikan Masyarakat Islam Gemilang (RPCS) dan Persidangan Antarabangsa Masyarakat Gemilang (ICCOS), yang mendapat sambutan baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >