Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Askar SAF elak hukuman, diberi kaunseling jika akui ambil dadah

Eng Hen: Manfaat sekali saja, hukuman biasa dikena lepas itu
Sep 14, 2022 | 05:30 AM



ASKAR Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang mengambil dadah terlarang boleh memilih mengakuinya tanpa dihukum untuk mengelakkan hukuman tegas bagi penyalahgunaan dadah di bawah Skim Pengampunan SAF, kata Menteri Pertahanan, Encik Ng Eng Hen.



Pegawai ini akan mendapat sokongan kaunseling dan pemulihan untuk membantu mereka menghentikan tabiat itu dan menjalani ujian secara kerap.



Bagaimanapun, skim ini hanya boleh dimanfaatkan askar SAF sekali sahaja dan selepas itu, hukuman biasa akan dikenakan bagi kesalahan dadah.



Dr Ng berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada pertanyaan Parlimen Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) tentang langkah yang diambil untuk mengesan dan mencegah penyalahgunaan bahan atau dadah terkawal di pangkalan tentera atau semasa latihan di dalam mahupun luar negara.



"SAF mempunyai dasar yang selaras dengan dasar nasional yang mengambil pendekatan sifar toleransi terhadap penyalahgunaan dadah.



"Usaha ini dilaksana dengan pencegahan dan penguatkuasaan tegas terhadap mereka yang menyalah guna dadah menerusi ujian, hukuman sewajarnya dan pemulihan," ujar Dr Ng.



Beliau menambah bahawa kedua-dua langkah pencegahan dan penguatkuasaan itu diperlukan untuk memastikan budaya bebas dadah dalam SAF.



Usaha pencegahan penyalahgunaan dadah antara lain dijalankan menerusi pendidikan dan menggalak mereka yang telah mengambil dadah terlarang mendapatkan bantuan untuk berhenti atau merawat masalah ketagihan mereka.



Dr Ng berkata semua rekrut juga menghadiri ceramah tentang kesan berbahaya dadah oleh Pusat Kaunseling SAF (SCC) semasa Latihan Tentera Asas (BMT).



Selepas BMT, ceramah antidadah turut dijalankan oleh SCC dan Biro Narkotik Pusat (CNB) di kem serta unit SAF.



Malah, sebelum pegawai dihantar ke luar negara untuk menjalani latihan atau bertugas, mereka diberi taklimat dan diingatkan dengan tegas akan akibat mengambil dadah di luar negara.



Dr Ng juga berkata ujian air kencing turut dijalankan di SAF secara meluas bagi memantau penyalahgunaan dadah.



Semua anggota Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa (NSF) yang baru menyertai SAF menjalani ujian ini semasa BMT.



Ujian tersebut juga dijalankan tanpa pemberitahuan awal di unit masing-masing, pangkalan tentera di luar negara dan lokasi latihan serta terhadap pegawai perkhidmatan yang pulang ke tanah air.



Malah, menurut Dr Ng, Polis Tentera SAF juga menjalankan pemeriksaan mengejut bagi memastikan produk terlarang, termasuk dadah terkawal, tidak dibawa masuk ke premis SAF.



CNB juga memberitahu Komand Polis Tentera SAF apabila pegawai SAF ditangkap bagi kesalahan dadah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >