Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aspirasi dan keprihatinan warga terhadap perumahan akan dibincang: Desmond

Sep 26, 2022 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Pembangunan Negara (MND) akan mendekati golongan rakyat Singapura yang berbeza pada minggu-minggu mendatang untuk melibatkan mereka dalam perbincangan mengenai kompak sosial perumahan awam, menurut Menteri Pembangunan Negara (MND), Encik Desmond Lee.



Beliau menambah perbincangan ini penting untuk melakarkan perumahan awam masa hadapan bagi generasi mendatang.



Dalam ucapannya di sesi perbincangan Forward Singapore (FSG) pertama anjuran MND bersama masyarakat pagi semalam, Encik Lee berkata:



"Dalam minggu-minggu akan datang, kami akan mendekati kumpulan-kumpulan rakyat Singapura yang berbeza melalui pelbagai platform dan pameran bergerak di seluruh Singapura.



"Jika anda tidak dapat menyertai kami di perbincangan dan pameran kami, kami ingin mendengar pandangan anda melalui tinjauan digital kami yang akan dilancarkan pada 8 Oktober."



Sesi FSG pertama semalam berlangsung di pusat Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan disertai sekitar 180 para peserta.



Sesi itu bertujuan untuk melibatkan masyarakat dalam perbualan mengenai isu-isu perumahan bagi rancangan perumahan masa hadapan.



Bagi Encik Hamzah Osman, 53 tahun yang menyertai sesi pertama itu, beliau menyatakan di antara isu-isu yang dikemukakan dalam sesi perbincangan itu adalah tentang bagaimana penggunaan ruang dan tempat di estet-estet perumahan dapat digunakan dengan lebih baik.



Para peserta juga memberikan pandangan dan huraian mereka mengenai pelbagai masalah yang dihadapi para penduduk di perumahan awam.



Teknisyen jurubina yang mempunyai seorang anak itu, berharap dengan adanya sesi-sesi perbincangan sedemikian, pihak pemerintah dapat menyediakan segala keperluan di setiap estet perumahan matang dengan mengambil kira usia para penduduk yang semakin meningkat. Ini termasuk menyediakan penjagaan khusus yang diperlukan oleh mereka yang telah meningkat usia.



"Dasar perumahan secara am telah melengkapi keperluan masyarakat Singapura tetapi ianya masih boleh diperbaiki dari masa ke semasa.



"Saya berharap bahawa pada masa hadapan, setiap keluarga akan berpeluang memiliki rumah mereka sendiri.



"Ianya juga harus bersesuaian dengan pendapatan dan gaji mereka agar mereka tidak dibebani hutang dan masalah-masalah lain pada masa hadapan," kata beliau.



Harapan beliau agar khidmat penjagaan orang tua dan lebih banyak ruang dikongsi disediakan yang boleh digunakan oleh masyarakat yang berbilang bangsa dan usia di estet-estet perumahan di Singapura.



Menurut pihak MND, sekitar 20 sesi perbincangan FSG dan pameran bergerak akan dianjurkan oleh MND hingga Disember tahun ini.



Pameran pertama akan berlangsung pada 8 Oktober di Woodlands Civic Centre dan beberapa lagi pameran bergerak akan diadakan di tempat-tempat masyarakat termasuk Our Tampines Hub dan HDB Hub.



Satu tinjauan untuk mendapatkan pendapat orang ramai akan dilancarkan pada 8 Oktober ini dan berlangsung selama beberapa minggu hingga 27 November.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >