Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

A*Star akan disusun semula agar selari dengan perubahan industri

Feb 14, 2017 | 10:53 AM



BADAN penyelidikan pertama dan antara yang terbesar di Singapura, Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star), dijangka menjalani transformasi untuk mengikuti perubahan dalam industri dan menggalak kerjasama rentas bidang.



Butirannya akan didedahkan semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan dalam beberapa minggu, tetapi pengerusi A*Star, Encik Lim Chuan Poh, berkata pada Isnin (13 Feb) agensi itu antara lain sedang mengkaji mekanisme pembiayaan.



Encik Lim berkata A*Star yang disusun semula akan memudahkan lebih banyak kerjasama rentas s disiplin dan institusi saintifik berbeza, dan meletak asas subur bagi membawa penemuan ke pengkomersilan.



"Anda perlu menyatukan pelbagai institusi bagi memastikan entiti berbeza di sepanjang rantaian nilai inovasi... mempunyai fokus sama (dari segi) mengenai masalah yang anda mahu selesaikan dan manfaat yang anda mahu bawa kepada masyarakat," kata Encik Lim.



Pelan penyusunan semula itu dijangka mengambil masa berbulan untuk dibuat, dengan pelaksanaannya mungkin mengambil masa bertahun, kata beliau di luar acara lawatan Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean ke Pusat Eksperimen Terapeutik  (ETC) A*Star, tempat ubat-ubatan dibangunkan menggunakan molekul kecil.



Encik Teo melawat Pusat Pemeriksaan Singapura di ETC, yang mengenal pasti sebatian bagi pembangunan ubat-ubatan. Gagasan idea bagi ubat barah pertama Singapura yang dibiayai awam, ETC-159, yang menyasarkan pelbagai jenis barah, bermula di situ.



Ketua Eksekutif ETC, Profesor Alex Matter, berkata ubah itu, yang sedang diuji pada pesakit, menghentikan pertumbuhan tumor dua pesakit selama enam hingga sembilan bulan.



"Ia bukan satu bukti keberkesanan, tetapi ia keadaan menggalakkan," kata beliau.



Encik Teo, yang juga pengerusi Yayasan Penyelidikan Kebangsaan, berkata Singapura telah membina asas pengetahuan saintifik kukuh, dan langkah seterusnya ialah menterjemahkan pengetahuan ke dalam sesuatu yang memberi manfaat kepada ekonomi dan rakyat Singapura, termasuk pekerjaan.



"Kita telah membina pengetahuan yang baik dan apa yang kita sedang bina sekarang ialah keseluruhan ekosistem bersama jalinan industri untuk melihat bagaimana kita boleh membawa asas pengetahuan ini, membawanya ke dalam industri, menghasilkan huraian yang boleh digunakan... untuk mempunyai kesan dari segi ekonomi dan ke atas sistem penjagaan kesihatan kita," kata Encik Teo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >