Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Autisme bukan halangan capai potensi dan berbakti kepada masyarakat

Aug 25, 2021 | 05:30 AM



BIARPUN mengalami autisme, Ryan Rydzuan Saipulbahari tidak melihatnya sebagai halangan untuk mencapai potensinya.



Malah, pelajar berusia 16 tahun itu gagahi cabaran peribadi yang dihadapinya, dan keluar daripada zon keselesaan beliau untuk berkhidmat kepada orang di sekeliling serta masyarakat.



Berkat semangat mempertingkat diri serta keperibadian baik yang ditonjolkan, pelajar Sekolah Grace Orchard itu semalam menerima Anugerah Pelajar Contoh Lee Kuan Yew di Majlis Penyampaian Anugerah Khas anjuran Kementerian Pendidikan (MOE) yang diadakan secara maya.



Anugerah ini mengiktiraf pelajar dalam sekolah pendidikan khas yang dibiayai pemerintah yang telah mengatasi cabaran untuk menjadi pelajar contoh kepada rakan mereka menerusi kemajuan dan sumbangan mereka dalam pelbagai bidang.



Anugerah ini juga mengiktiraf sumbangan pelajar pendidikan khas kepada masyarakat sekolah dan melebihi itu.



Semalam, sebanyak 206 Anugerah Khas disampaikan kepada 194 pelajar dari 80 institusi pendidikan untuk mengiktiraf pencapaian pelajar yang pelbagai dalam kedua-dua bidang akademik serta bukan akademik, termasuk sumbangan mereka kepada masyarakat.



Ketika diwawancara Berita Harian (BH), anak tunggal itu berkata:



"Saya rasa sangat gembira dan bersyukur...ia bukan mudah untuk mendapat anugerah ini.



"Ini juga disebabkan oleh sokongan guru dan keluarga saya."



Berkongsi tentang pembangunan dirinya, Ryan berkata beliau dahulu "takut dengan orang yang tidak dikenali", suka bersendiri dan kurang bercampur dengan rakan di sekeliling.



Namun, lama-kelamaan, beliau lebih berani dan menjadi yakin apabila perlu berinteraksi dengan orang ramai.



Malah, Ryan berkhidmat sebagai pengawas sekolah sejak enam tahun lalu dan menunjukkan sikap kepimpinan terpuji di sekolahnya.



Menyifatkan dirinya sebagai pengawas yang peramah, Ryan tidak teragak-agak untuk membantu rakan sekolahnya jika melihat mereka berdepan dengan masalah.



Di sekolah, Ryan membantu mengagihkan sarapan secara harian kepada pelajar di bawah Skim Bantuan Kewangan.



Di peringkat masyarakat pula, beliau mengambil bahagian dalam 'Meals on Wheels', projek kemasyarakatan atas kerjasama Sekolah Grace Orchard dengan Kelab Masyarakat Jurong Spring dan Pusat Touch.



Ini melibatkan pengagihan makanan kepada warga emas dan warga emas kurang upaya di kawasan Jurong.



"Saya suka membantu orang lain. Apabila mereka rasa gembira, ia membuatkan saya rasa gembira juga," tambahnya.



Tahun depan, Ryan akan melanjutkan pelajaran di Sekolah Assumption Pathway.



Melahirkan harapannya, Ryan berkata:



"Saya mahu menyebarkan kasih sayang, menunjukkan sikap hormat kepada orang lain dan bahawa mereka yang mengalami autisme juga boleh menyumbang kepada masyarakat.



"Saya boleh memahami perasaan mereka yang mempunyai keadaan sama seperti saya, dan mahu memberi mereka inspirasi bahawa mereka juga boleh berjaya."




"Mereka semua (penerima anugerah) telah cemerlang dalam cara berbeza. Kita mesti terus menghargai setiap anak; menyediakan laluan yang pelbagai untuk membolehkan mereka mencapai potensi penuh mereka; dan yang paling penting, melihat dan mentakrifkan kejayaan dalam cara berbeza sebagai satu masyarakat."
- Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >