Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AVA periksa dengan pihak berkuasa Malaysia tentang kes kopi durian

Feb 03, 2018 | 03:21 PM



PENGUASA Agromakanan dan Veterinar (AVA) berkata mereka telah meminta fakta kes daripada pihak berkuasa di Malaysia berhubung laporan media tentang beberapa individu di negara itu yang jatuh sakit selepas meminum minuman 'Durian White Coffee'.



“Secara umumnya, pengguna yang rasa kurang sihat selepas mengambil apa jua produk makanan harus mendapatkan rawatan segera.



“Sebagai amalan keselamatan makanan yang baik, mereka yang meragui keselamatan sesuatu produk makanan itu tidak harus memakannya,” kata AVA menerusi laman Facebook mereka semalam (2 Feb).



Sebelum ini, media Malaysia melaporkan bahawa beberapa orang telah mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang antara 27 dengan 30 Januari lalu selepas minum kopi durian itu.



Berikutan itu, akhbar The Straits Times melaporkan bahawa contoh campuran kopi segera itu – yang dikenal pasti sebagai Mycafe Penang Durian White Coffee dalam beberapa laporan media – didapati mengandungi bahan yang dipercayai adalah dadah, kata polis Malaysia.



Ketua Polis Daerah George Town, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Anuar Omar berkata contoh campuran kopi segera itu dihantar ke makmal keselamatan dan mutu makanan bagi diuji selepas seorang pegawai perubatan membuat laporan polis.



ACP Anuar berkata seorang pegawai kemudian mengesahkan bahawa bahan yang dipercayai dadah ditemui dalam paket campuran kopi itu.



Bagaimanapun, jenis dadah itu belum dikenal pasti.



Sementara itu, Mycafe Penang Durian White Coffee berkata bahawa mereka percaya paket campuran kopi yang mereka terima daripada seorang mangsa telah diusik.



Menerusi satu kenyataan, mereka juga berkata mereka telah membuat laporan polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >