PENGUASA Pertanian Makanan dan Ternakan (AVA) berkata semalam bahawa ia sedang menyiasat video menunjukkan kanak-kanak yang didakwa melempar batu ke arah seekor kucing di Hougang.
Video 10 saat tersebut dimuatnaikkan ke kumpulan Facebook Roads.sg semalam.
Ia bermula dengan dua budak lelaki dan seorang budak perempuan yang sedang menghendap di bawah teksi yang tidak bergerak di tempat letak kereta, sementara bunyi kucing boleh didengar.
Apabila salah seorang kanak-kanak itu terlihat kucing tersebut, beliau menjerit dan lari ke arahnya.
Sementara kucing itu bersembunyi di bawah kereta yang tidak bergerak, seorang budak lelaki melempar sesuatu ke arahnya tapi tidak mengena.
Budak perempuan itu kemudian pergi untuk mengambil semula objek itu sebelum video tersebut terpotong.
Penerangan (kapsyen) video menyatakan bahawa insiden itu berlaku di Blok 653 Hougang Avenue 8 Jumaat lalu.