Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hady Mirza beri amaran kepada peminatnya agar berwaspada

Awas! Penipu menyamar sebagai Hady Mirza, minta duit dari peminat

Oct 05, 2023 | 05:19 PM



Penyanyi bersuara lunak dari Singapura yang sedang hangat bertanding dalam Astro All Stars Gegar Vaganza baru-baru ini memberi amaran bagi peminatnya agar jangan termakan dengan permintaan penipu di media sosial.

Pemenang tempat pertama di minggu kedua pertandingan itu memuat naikkan sebuah tangkapan skrin yang menunjukkan penipu menggunakan nama dan juga logonya untuk berhubung dengan peminat Hady.

Penipu itu cuba memujuk peminat untuk membeli pakej keanggotaan untuk mendapatkan faedah menyeluruh yang membolehkan peminat hadir ke konsert, persembahan dan juga berjumpa berempat mata dengannya.

BH menemu bual dengan seorang peminat, Cik Zainab Bakar, 55 tahun, yang hampir termakan dengan kata-kata penipu itu.

“Saya dapat ‘friend request’ dari Hady Mirza setelah menontonnya di rancangan Astro kerana saya amat meminatinya.


“Beliau menghantar mesej kepada saya dan mengajak saya menonton persembahannya.

“Bila saya tunjukkan minat, dia terus menawarkan saya untuk membeli kad keanggotaan untuk saya layak dapat faedah sebagai ahli. Kad platinum bermula dari harga $5,059 dan yang paling murah ialah kad gangsa berharga $1,550.

“Dari situ, saya rasa macam ada yang tak kena, jadi saya kongsikan dengan Hady (yang sebenar)…” kata Cik Zainab, seorang ejen hartanah.

Cik Zainab juga sempat memeriksa akaun FB penipu itu dan mula curiga apabila didapatinya, ramai kenalan ‘Hady’ itu merupakan orang ‘Afrika’ dan hanya segelintir orang Melayu.

Katanya lagi : “Setahu saya, Hady tak pernah menjual kad keanggotaan, saya mengikutinya sejak dulu. Yang saya tahu, dia pernah menjalankan bisnes makanan, itu saja…”

Ramai peminatnya telah bertanya tentang mesej yang mereka terima dan bayaran untuk menjadi anggota setelah berkomunikasi dengan penipu yang menyamar sebagai dirinya.

Bila dihubungi, Hady Mirza dengan tegas memberitahu wartawan Berita Harian: “Tidak ada bayaran langsung untuk menjadi anggota fan club saya @hadyunitedfc.”

“Saya langsung tak risau tentang peminat saya yang muda, pintar teknologi dan tahu tentang penipuan yang berlaku dalam talian, tetapi peminat saya datang dari pelbagai latar belakang dan berbeza umur.

“Saya khuatir mereka yang lebih berumur dan tidak tahu tentang scam akan termakan dengan penipuan itu,” tambah Hady lagi.

Hady mengaku ramai yang telah menghantar mesej kepadanya tentang scam ini.

Hady ingin mengingatkan orang ramai agar tidak terkena dengan si penipu dan berhati-hati sewaktu berinteraksi di media sosial. Menurutnya lagi, peminat dapat mengesan akaun tulennya yang mempunyai ‘verified blue tick’.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >