Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih $518,000 lesap dek tipu tiket konsert

Aug 02, 2023 | 03:11 PM



Lebih $518,000 dilaporkan lesap ekoran penipuan melibatkan penjualan tiket dalam talian dari Januari hingga Julai 2023.

Ia jumlah tertinggi dalam lima tahun sejak 2018, apabila sekitar $84,000 hangus dalam penipuan sedemikian.

Ini berbanding jumlah yang lesap pada tahun-tahun sebelumnya – $66,000 pada 2019; $9,000 pada 2020; $3,000 pada 2021; dan $175,000 pada 2022.

Mendedahkan perangkaan itu di Parlimen pada Rabu, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata penipuan dalam talian melibatkan tiket konsert meningkat sejak kebelakangan ini.

“Beberapa artis popular, seperti Taylor Swift dan Coldplay, memilih membuat persembahan di Singapura.

“Peluang ini digunakan penipu untuk memperdaya melalui penjualan tiket,” kata beliau.

Menurutnya, penipuan melibatkan iklan tiket konsert di laman e-dagang atau wadah media sosial seperti Carousell, Facebook, Telegram dan Twitter.

Apabila mangsa cuba membeli tiket konsert itu, penjual akan memberitahu mereka tiket sedang dijual dengan cepat untuk menggesa mangsa supaya membuat bayaran segera.

Setelah bayaran dibuat, penjual akan memberitahu pembeli bahawa mereka tidak dapat menghantar tiket itu kepada pembeli. Penjual kemudian tidak dapat dihubungi lagi.

“Bagi menangani penipuan jenis ini, tiada satu langkah yang mencukupi. Sebaliknya, pendekatan serampang berbilang mata diperlukan, termasuk dengan menghentikan kandungan penipuan, meningkatkan langkah berjaga-jaga wadah dalam talian dan pendidikan awam,” kata Dr Faishal.

Menurut beliau, antara usaha yang dijalankan polis ialah bekerjasama dengan penjual tiket, penganjur konsert dan wadah dalam talian untuk mengeluarkan makluman kepada orang awam.

Ini selain usaha Jawatankuasa Berbilang Kementerian berhubung Penipuan (IMCS) memperkenalkan Penilaian Keselamatan Urus Niaga Ruang Pemasaran E-Dagang (TSR) bagi memaklumkan pengguna mengenai langkah antipenipuan seperti mengesahkan pengguna dan pilihan bayaran selamat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >