Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ayah dan anak sama kerjaya, sama hobi

Jun 18, 2023 | 05:30 AM



Menunggang motosikal merupakan antara hobi yang dikongsi antara pasangan ayah dengan anak ini.

Sebelum berkahwin awal tahun ini, Encik Abdul Zharfan, 28 tahun, sering menunggang motosikal bersama ayahnya, Encik Afandi Hassan, 50-an tahun, untuk ke Johor sebagai kegiatan riadah.

Bagi mereka, kegiatan itu memberi mereka peluang merehatkan minda dan meluangkan masa bersama setelah seharian bekerja.

Namun, bermotosikal bukan satu-satunya persamaan antara pasangan ayah dengan anak ini.

Selain menunggang motosikal, mereka turut berkongsi kerjaya sebagai jururawat yang mempunyai minat dan dedikasi untuk membantu orang lain.

KERJASAMA SEBAGAI KELUARGA

Encik Afandi, seorang Kakitangan Kanan Jururawat di Hospital Masyarakat Jurong (JCH), tidak pernah menyangka beliau akan menjadi seorang jururawat.

Semasa diberhentikan kerja sebagai pegawai pemasaran pameran akibat kemelesetan ekonomi pada 1997, Encik Afandi mahu mencari pekerjaan stabil agar dapat menampung keluarga.

Beliau mendapatkan nasihat kakak iparnya, juga seorang jururawat, untuk berkongsi tentang kerjaya sebagai jururawat.

Setelah menghadiri beberapa jerayawara tentang bidang kejururawatan, beliau mendaftarkan diri untuk kursus diploma kejururawatan selama tiga tahun.

Sebagai pelajar sepenuh masa, keluarganya banyak membantu dan memberi sokongan.

“Isteri saya merupakan antara penyokong kuat saya kerana beliau tidak pernah mengeluh walaupun beliau seorang sahaja yang bekerja ketika itu.

“Jadi, saya betul-betul ingin melakukan yang terbaik agar pengorbanannya tidak sia-sia,” ujar Encik Afandi.

Bagi Encik Zharfan pula, beliau bangga melihat ayahnya belajar walaupun sudah lanjut usia.

“Apabila saya melihat bapa saya belajar, saya berasa bangga dan pada masa yang sama, ingin meringankan bebannya.

“Jadi kalau beliau sedang belajar, saya akan cuba bantu dengan kerja rumah,” kata Encik Zharfan berkongsi pengalaman semasa masih di sekolah menengah.

BERKONGSI KERJAYA

Sebagai ayah dan anak, mereka pernah bekerja sebumbung di Hospital Masyarakat Jurong.

Seberapa boleh, pasangan ayah dan anak itu cuba merahsiakan hubungan mereka kerana bimbang disalah anggap walaupun mereka bertugas di jabatan berbeza.

“Saya pernah menghantar seorang pesakit kepada ayah. Saya rasa lega dapat melihat beliau sibuk bekerja. Ia seperti memberi saya dorongan dan mengingatkan saya untuk melakukan yang terbaik bagi pesakit,” kata Encik Zharfan yang kini bekerja sebagai Kakitangan Jururawat di Pusat Perubatan Mount Elizabeth di Orchard Road.

Pasangan ayah dan anak itu berasa sokongan sangat penting semasa pandemik.

Ketika pandemik bermula, Encik Zharfan merupakan antara jururawat pertama di hospital tersebut yang mula menggunakan peralatan perlindungan peribadi (PPE) kerana bertugas di tempat berisiko tinggi, Kemalangan & Kecemasan (A&E).

Bagi Encik Afandi, beliau agak risau memulakan kerja dalam persekitaran wabak kerana prihatin tentang keselamatannya.

“Saya tahu ayah saya agak risau untuk bekerja dalam persekitaran virus kerana faktor usia.

“Sebagai anak, saya cuba meyakinkan dan mengingatkannya tentang penggunaan PPE dan protokol sedia ada,” jelas Encik Zharfan.

AYAH JADI TELADAN

Melihat ayahnya bertugas sebagai jururawat dan berkongsi pelbagai kisah di tempat kerja, Encik Zharfan semakin menghargai pekerjaan itu kerana beliau faham tentang pengorbanan, keikhlasan dan betapa mulianya tugas tersebut.

Bagi Encik Zharfan, beliau yang menceburi kursus kejuruteraan selama setahun, kemudian memutuskan untuk bertukar ke kursus kejururawatan kerana berasa kursus itu lebih sesuai buat dirinya.

Mengagumi ketekunan dan keberanian ayahnya mengejar minat dan mempelajari perkara baru, beliau menjadikan ayahnya sebagai contoh dan pegangan hidup.

“Ayah saya selalu menekankan bahawa lebih banyak yang kita beri atau bantu, lebih banyak yang akan kita terima. Jadi, saya jadikan itu satu pegangan dan saya mahu lakukan kebaikan seperti ayah saya,” kata Encik Zharfan.

Bukan sahaja daripada segi pegangan dan pekerjaan, ayahnya turut dijadikan contoh dalam beliau melayari alam rumah tangga.

Encik Zharfan, yang sedang menantikan kelahiran cahaya mata, berkata beliau juga menjadikan ayahnya contoh dalam pembahagian kerja rumah.

“Ayah saya selalu membantu ibu saya dalam kerja rumah seperti menjemur pakaian atau membeli keperluan rumah di kedai,” jelas beliau yang kini melakukan perkara yang sama bersama isteri di rumah, seperti menggosok pakaian.

Beliau percaya bahawa rumah tangga adalah institusi yang didukung dua individu yang saling membantu.

Beliau berharap dapat menjadi seorang ayah seperti Encik Afandi dan ingin anaknya kelak akan turut berasa dekat dan mesra dengan keluarga sama seperti dirinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >