Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ayam segar laris meski harga naik...

May 31, 2022 | 05:30 AM



SEKEJAP ada, sekejap tak ada.



Setiap kali rak-rak di beberapa pasar raya dipenuhi ayam segar, ia pantas dibeli pelanggan.



Begitulah keadaannya ketika Berita Harian (BH) ke beberapa pasar raya termasuk pasar raya NTUC FairPrice di Woodlands dan Sheng Siong di Clementi West.



Para pelanggan yang ditemui juga kian merasakan kenaikan harga ayam menyusuli langkah Malaysia melarang eksport ayam bermula esok.



Pekerja sambilan di sebuah restoran makanan segera di sini, Cik Siti Norisah Aamaoni, 50 tahun, mendapati harga ayam segar sekilogram kini berharga dalam lingkungan $9 berbanding $7.45 sebelum ini.



Harga ayam beku, seperti ayam Perdigao 800 atau 900 gram dari Giant atau Sheng Siong pula naik daripada sekitar $2.64 kepada sekitar $4.65 - hanya dalam beberapa bulan sahaja.



Akibatnya, penjaja yang menjual makanan ayam juga terpaksa meningkatkan harga makanan mereka.



Pemilik gerai Geylang Serai Nasi Ayam Bubur Ayam, Encik Suhaimi Sulaiman, menaikkan harga makanan jualannya sebanyak 50 sen.



Semangkuk bubur ayam kini dijual pada harga $3.50 berbanding $3 sebelum ini.



Sepinggan nasi ayam pula dijual pada harga $4.50 berbanding $4 sebelum ini.



Minggu lalu, Malaysia mengumumkan langkah menghentikan import lebih 3.6 juta ayam sebulan ke Singapura mulai esok.



Sekatan ini akan berterusan sehingga harga domestik serta pengeluaran ayam di sana stabil.



Minggu lalu, pasar raya NTUC FairPrice berkata ia mempunyai bekalan ayam beku yang boleh bertahan selama kira-kira empat bulan.



BH akan menyiarkan satu sesi perbincangan mengenai isu ayam ini bermula 8 malam di Facebook BH hari ini.



Ia akan menampilkan pemilik gerai ayam Hashim Abbas di Pasar Geylang Serai, Encik Hashim Abbas; pemilik kedai makan ayam penyet Zoul's Corner dan Smash, Encik Azhar Md Salleh; dan anggota Jawatankuasa Pendidikan Persatuan Pengguna Singapura (Case), Encik Faizal Wahyuni.



LAPORAN SELANJUTNYA






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >