Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Azam tabur jasa kepada masyarakat bila pulang ke S'pura

Nov 28, 2019 | 05:30 AM



SELEPAS sedekad di rantauan, Encik Mohamed Salleh Mohamed Zohri kini ghairah untuk pulang ke Singapura dan memberi sumbangan kepadamasyarakat negara ini.



Berbekal biasiswa dan azam mendapat pengajian Islam dari Timur Tengah, Encik Salleh meninggalkan ibu bapa dan dua adik-beradiknya untuk berpindah ke Kuwait City pada 2009.



Encik Salleh, kini 23 tahun, bakal melengkapkan pengajiannya dalam bidang Perbandingan Perundangan di Universiti Kuwait tahun depan.



Dan beliau yakin pengalamannya menuntut dan tinggal dalam kalangan penganut Islam dari serata dunia di sana telah membentuknya menjadi Muslim dan warga Singapura yang lebih baik.



"Sebagai pelajar antarabangsa di institusi asing, pengalaman di Kuwait sejak berusia 13 tahun telah membuka mata saya. Setiap pelajar dari negara lain mengamalkan Islam mengikut cara yang diamalkan di negara masing-masing, tetapi bagaimana Islam diamalkan di negara-negara itu mungkin kurang relevan dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk di Singapura," ujar Encik Salleh.



Sesetengah pelajar pula berasal dari negara dunia ketiga atau negara yang dirobek peperangan dan mempunyai ideologi berbeza tambah beliau.



"Perkara ini memperkukuh pandangan saya tentang isu keselamatan negara. Di Singapura, kita perlu bermuafakat dan menentang ideologi radikal... memastikan Singapura kekal selamat dan aman," kata beliau lagi.



Encik Salleh, yang menuntut di Madrasah Aljunied Al-Islamiah sehingga darjah enam, berkata beliau merebut peluang untuk melanjutkan pengajian ke Kuwait selepas dipilih menerima biasiswa dari Kementerian Pendidikan Kuwait pada 2009.



Kementerian itu menawarkan biasiswa kepada murid peringkat menengah di Singapura setiap tahun, dalam program yang bermula di Sekolah Tinggi Al Mahad Al Dini, dan jika mereka layak, dilanjutkan ke Universiti Kuwait.



Sekitar 40 pelajar dari Singapura telah melalui program ini, seperti yang dikongsi oleh Presiden Halimah Yacob semasa mengadakan lawatan negara ke Kuwait awal bulan ini.



Buat masa ini, terdapat 17 pelajar Singapura - semuanya penerima biasiswa - yang menuntut di pelbagai peringkat.



Kata Encik Salleh, pada awalnya, beliau mengalami tempoh yang sukar untuk menyesuaikan diri di Kuwait.



"Sebelum ke Kuwait, saya tidak pernah berjauhan lama daripada keluarga. Tapi di Kuwait, saya bukan sahaja perlu mengatasi rasa rindu kepada keluarga, malah pantas menyesuaikan diri dengan cuaca, budaya dan kehidupan yang amat berbeza," kata Encik Salleh, yang mudah tersenyum.



Beliau adalah anak kedua dalam keluarga tiga adik-beradik.



Bapanya bekerja sebagai seorang perunding cara bersekutu di syarikat teknologi maklumat (IT) sementara ibunya seorang suri rumah.



Kata beliau, ibu bapanya perlu menanggung bil telefon jarak jauh yang tinggi kerana beliau akan menelefon mereka setiap hari.



Pada ketika itu, teknologi panggilan video percuma seperti panggilan WhatsApp dan Facetime belum lagi digunakan awam secara meluas.



Namun, Encik Salleh akhirnya berjaya menyesuaikan diri dengan bantuan pelajar lain dari Singapura, katanya.



"Itupun selepas beberapa bulan," kata beliau, yang pernah mengetuai Persatuan Pelajar Singapura di Kuwait (3SK), sebelum mengundur diri baru-baru ini.



Buat masa ini, kata Encik Salleh, beliau masih terbuka kepada semua peluang kerjaya dan belum memutuskan tentang haluan kerja sekembalinya di Singapura.



"Sebenarnya, saya begitu ghairah untuk pulang ke Singapura... sudah tiba masanya saya pulang dan memberi sumbangan kepada negara," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >