Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Badan amal baru, Suncare SG, adakan projek percubaan bagi golongan muda

Feb 22, 2023 | 05:30 AM



SEBUAH badan amal baru di sini ingin memotong jangka waktu yang diperlukan untuk meluluskan satu kajian kepada amalan sah menerusi projek percubaan didorong data bagi kanak-kanak dan golongan belia.



Suncare SG, yang ditubuhkan oleh nama-nama terkemuka dalam bidang perubatan, sosial dan kemasyarakatan di sini, bermatlamat berbuat demikian dengan menggunakan kaedah model inkubator untuk menguji dan meluluskan programnya.



Kemudian, ia akan bekerjasama dengan rakan berkepentingan termasuk pemerintah, untuk memperluas program-program yang bermanfaat di Singapura, lapor The Straits Times.



Antara ahli lembaga badan amal itu terdiri daripada Dekan Sekolah Perubatan Yong Loo Lin, Universiti Nasional Singapura (NUS), Profesor Chong Yap Seng; ketua eksekutif Institut Kesihatan Mental, Profesor Daniel Fung; dan ketua eksekutif KidStart Singapore, Cik Rahayu Buang, yang mengendali program seluruh negara bagi menyokong keluarga berpendapatan rendah yang mempunyai kanak-kanak kecil hingga usia enam tahun.



Ahli lembaga lain pula termasuk Dr Chong Shang Chee, pakar runding kanan dan ketua unit pembangunan kanak-kanak di jabatan perubatan kanak-kanak di Hospital Universiti Nasional (NUH), dan Encik Lei Ming, ketua reka bina dan pengasas bersama firma teknologi China, Baidu.



Badan amal itu, yang berdaftar pada November 2022, mengadakan acara gala makan malam bagi mengumpul dana pada Jumaat lalu di Singapore Island Country Club.



Semasa di gala itu, Profesor Chong, pengerusi lembaga itu, berkata bahawa berdasarkan kajian, ia didapati bahawa masa purata 17 tahun diambil sebelum sesuatu data saintifik diterapkan sebagai amalan sah.



"Untuk mempercepatkan proses ini, kami perlu mempunyai rakan kerjasama rentas disiplin antara pakar sains dengan pekerja sosial dan rakan masyarakat," katanya.



Demikian adalah satu jurang di mana badan amal itu berharap ia dapat menangani dengan membuat percubaan usaha campur tangan yang disesuaikan pada konteks tempatan dan berlandaskan kajian tempatan.



Kemudian, ia akan berusaha menyediakan bukti bagi beberapa tindakan yang berhasil dan boleh diperluas di Singapura, kata Profesor Chong.



Ketika ditanya mengapa pasukan itu memutuskan untuk menubuhkan sebuah badan amal baru daripada bekerjasama dengan pertubuhan sedia ada atau di tempat kerja masing-masing, Profesor Fung berkata pasukan itu mendapati bahawa pemain lain dalam industri berkenaan tidak berkongsi model atau fokus sama yang didorong kajian.



Dengan menggunakan model inkubator tersebut, Suncare SG juga boleh membantu menyepadukan pelbagai pihak berkepentingan untuk bekerjasama, daripada penyelidik, kepada penyumbang dana dan penganjur program.



Profesor Chong berkata dengan membina badan amal daripada peringkat awal juga menawarkan akses yang mudah kepada masyarakat sejagat untuk menyertainya sebagai peserta program dan relawan.



Menurutnya, Suncare SG bermatlamat menjadi penawar "idea-idea yang bagus".



"Ia tidak dibangunkan untuk menjadi sebuah penawar khidmat dan mengendali program tahun demi tahun," katanya.



"Jika ini berhasil, kami ingin menyerahkannya kepada pihak seterusnya untuk meluaskannya lagi dan mengekalkannya."



Secara beransur, perbadanan itu ingin mengendali dalam dua atau tiga percubaan pada setiap masa, dengan setiap percubaan berlangsung sekitar dua atau tiga tahun, katanya.



Beberapa program kendalian Suncare SG akan dilancarkan di tempat bertugasnya di Punggol yang dinamakan Lighthouse.



Bangunan itu, dibina oleh beberapa kontena mudah alih, dijangka siap pada Julai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >