Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Badan amal penuhi hasrat pesakit tenat dengan usaha kumpul dana

May 24, 2023 | 05:07 PM



HASRAT terakhir Encik Mohd Salleh Ismail, 82 tahun, ialah untuk melawat Singapore Island Country Club (SICC) di mana beliau pernah bertugas sebagai caddy dan menemui minatnya terhadap sukan golf.


Dikenali dengan gelaran ‘buaya’ kerana sering menyembunyikan kehebatannya di padang golf, Encik Salleh pernah juga menjadi caddy kepada Perdana Menteri pertama Singapura, mendiang Encik Lee Kuan Yew.


Keinginan Encik Salleh yang sedang menghidap barah prostat itu tercapai akhirnya dengan bantuan badan amal Ambulance Wish Foundation (AWS).

AWS telah memenuhi hasrat terakhir 145 pesakit tenat sejak penubuhannya, lapor The Straits Times.


Hasrat-hasrat tersebut dapat dipenuhi hasil derma daripada orang ramai dan tajaan daripada hampir 100 organisasi dan perniagaan.

Bagi Encik Salleh, AWS telah mengaturkan ambulans untuk membawa beliau dari rumahnya ke SICC dan merancang laluan untuk membawanya melalui padang golf di mana beliau dapat mengenang kembali masanya bekerja di situ.

Semasa lawatan ke SICC, beliau juga telah diberi patung buaya yang apabila diterimanya, membuatnya sebak.

Encik Salleh tidak lepas memeluk patung buaya itu sepanjang lawatannya, kata AWS.

Pengasas AWS, Cik Carol Wee berkata lawatan seperti itu membantu pesakit-pesakit yang tenat seperti Encik Salleh “mendapatkan semula” identiti mereka.

“Beginilah cara beliau mahu keluarganya mengingatinya – sebagai seorang ayah, datuk, kakitangan veteran SICC dan pemain golf.

“Inilah yang paling beliau hargai,” kata Cik Wee.

AWS meraikan ulang tahun keempatnya pada Rabu dan telah mengadakan acara kumpul dana Cycle of Peace, acara berbasikal secara maya yang diadakan secara tahunan bagi meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang usahanya serta untuk mengumpul dana.

Peserta boleh mendaftar di www.ambulancewishsingapore.com/cycleofpeace bermula 27 Mei 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >