Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Badan Melayu/Islam bersama beri ucap takziah

Mar 26, 2015 | 02:16 PM



YAYASAN Mendaki berserta beberapa pertubuhan Melayu/Islam lain seperti Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) dan Liga Muslim Kadayanallur Singapura (SKML) telah sama-sama menyampaikan takziah kepada mantan Perdana Menteri pertama Singapura, mendiang Encik Lee Kuan Yew, di Pusat Masyarakat Telok Ayer Hong Lim Green.


Presiden PPIS Cik Rahayu Mohamad, turut menyampaikan puisi penghargaan berjudul Seorang Lelaki Hebat - yang menerangkan tentang dedikasi mendiang Encik Lee terhadap pembangunan Singapura.


Beliau berkata ketegasan Encik Lee mengajar warga Singapura untuk menjadi pragmatik dan memberi tumpuan kepada pembangunan - sesuatu yang perlu dipelajari terus generasi lebih muda bagi memastikan kestabilan dan kemajuan, kata Cik Rahayu.


Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, yang memulakan sesi penghormatan itu berkata amat sukar untuk semua orang, terutamanya beliau sendiri memandangkan beliau telah bekerja rapat dengan mendiang Encik Lee.


"Kami memang amat beruntung mempunyai seseorang seperti Encik Lee yang sentiasa mencari sesuatu yang mampu beliau lakukan untuk memperbaiki keadaan masyarakat Melayu Muslim dan saya fikir kita boleh mengenal pasti banyak sumbangannya.


"Beliau mungkin telah disalah faham pada sesetengah masa, saya fikir iu tidak dapat dielakkan.


"Tapi pucuk pangkal, saya fikir kita perlu memandang kepada sesuatu yang baik yang dilakukan seorang lelaki ini," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >