Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIASATAN LETUPAN TUAS

'Badan saya terbakar hitam, darah keluar dari mulut saya': Pekerja beri keterangan

Sep 30, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lagi pekerja memberi keterangan di hadapan sebuah jawatankuasa siasatan mengenai trauma yang dialaminya menyusuli satu letupan di sebuah kilang di Tuas 24 Februari.



Semalam, Encik Rahad Asfaquzzaman, 30 tahun, mengimbas kembali bagaimana beliau tercampak sejauh dua meter akibat kesan letupan itu dan kejadian traumatik yang terus memberinya mimpi buruk.



"Selepas letupan itu, saya bangun dan mendapati diri saya sedang terbakar.



"Baju saya habis terbakar, meninggalkan hanya cebisan kain di sekitar leher dan seluar saya.



"Dengan cepat saya mengoyakkan cebisan itu dari badan saya," kata warga Bangladesh itu.



"Saya mendapati badan saya terbakar hitam dan darah keluar dari mulut saya dari dalam badan saya."



Parut pada wajah Encik Rahad, seperti pekerja lain yang cedera yang memberi keterangan sebelum beliau, dapat dilihat di balik pelitup mukanya.



Beliau menambah: "Saya tidak dapat menitiskan air mata apabila menangis dan apabila saya berada di bawah matahari, semua yang saya lihat kabur."



Encik Rahad pekerja keempat yang memberi keterangan di hadapan jawatakuasa yang dipengerusikan Hakim Daerah Kanan Ong Hian Sun itu, yang sedang menyiasat punca dan keadaan yang menyebabkan letupan di premis 32E Tuas Avenue 11 itu.



Tiga pekerja - Encik Subbaiyan Marimuthu, 38 tahun; Encik Anisuzzaman Md, 29 tahun; dan Encik Shohel Md, 23 tahun - meninggal dunia akibat melecur teruk pada 90 peratus tubuh mereka dalam kejadian itu.



Tujuh pekerja lain, termasuk Encik Rahad, mengalami kecederaan.



Lapan pekerja berada dalam kilang itu apabila letupan itu berlaku.



Mereka bekerja bagi syarikat Stars Engrg, yang menghasilkan bahan penebat (insulation) yang dipanggil fire wrap menggunakan mesin pengadun.



Jawatankuasa itu sebelum ini mendengar bahawa letupan tersebut mungkin ada kaitan dengan mesin pengadun itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >