Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Badan sekitaran global tubuh pejabat di S’pura, mahu tingkat ekonomi hijau

Aug 28, 2023 | 05:06 PM



Sebuah pertubuhan persekitaran sejagat tidak mencari keuntungan telah menubuhkan pejabat di Singapura, satu langkah yang dilihat sebagai memberi suntikan kepada usaha negara untuk menjadi hab kewangan hijau.

The Nature Conservancy (TNC), yang beribu pejabat di Amerika Syarikat, bertujuan meningkatkan bekalan kredit karbon bermutu tinggi di rantau ini dan mendorong lebih banyak projek pemuliharaan di Asia Tenggara, lapor The Straits Times.


Kredit karbon merujuk kepada permit yang boleh dibeli oleh sebuah syarikat atau negara. Satu contoh ialah projek pemuliharaan hutan di Indonesia untuk mengimbangi pelepasan gas rumah hijau mereka. Setiap kredit mewakili satu tan pelepasan.

Pengarah TNC Singapura, Encik Thomas Brzostowski, berkata: Banyak syarikat dan pelabur di Singapura mahukan akses kepada kredit bermutu tinggi, tetapi tidak cukup di luar sana, terutamanya dari rantau ini.”

Beliau berkata hanya kira-kira 16 peratus daripada pelaburan impak global mengalir ke rantau Asia-Pasifik.

Laporan Ekonomi Hijau Asia Tenggara 2023, yang diterbitkan pada Jun, menyatakan bahawa anggaran AS$400 bilion ($542 bilion) pelaburan dalam alam semula jadi diperlukan untuk memenuhi matlamat iklim 2030 rantau ini.

Menurut laporan itu, Asia Tenggara perlu mempercepatkan usahanya dalam perlindungan dan pemuliharaan alam semula jadi untuk berdaya saing dari segi ekonomi dengan kegiatan eksploitasi seperti pembalakan, serta menggunakan langkah-langkah berasaskan pasaran untuk ‘meletakkan harga’ pada alam semula jadi dan potensi karbonnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >