Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua projek iklim marin terima geran program kajian

Kajian jumlah karbon dioksida di perairan dan ekosistem marin S’pura serta pembangunan daya tahan terumbu karang diberi geran bawah $25j
Jun 19, 2023 | 04:04 PM



Satu kajian mengenai jumlah karbon dioksida yang tersimpan di perairan serta ekosistem marin Singapura, dan satu lagi tentang pembangunan daya tahan terumbu karang merupakan projek pertama yang diberi geran bagi satu program kajian iklim marin bawah $25 juta.

Ini diumumkan Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, pada Isnin di pembukaan Simposium Terumbu Batu Karang Asia Pasifik yang kelima.

Disokong program Sains Perubahan Iklim Marin (MCCS) yang dilancarkan Lembaga Taman Negara (NParks) pada 2021, projek-projek tersebut “akan memperluas kapasiti kita untuk melindungi habitat marin yang kritikal, dan memanfaatkan huraian berdasarkan alam semula jadi untuk mendukung perubahan iklim”, kata Encik Lee.

Projek pertama itu akan mengambil kira karbon biru Singapura, yang merupakan karbon dioksida yang terperangkap dalam laut serta ekosistem perairan termasuk bakau, rumput laut, dan paya garam.

Ia akan menghasilkan satu pangkalan data di mana ekosistem karbon biru negara ini berada, berapa banyak karbon biru yang boleh disimpan, dan bagaimana ekosistem karbon biru telah berubah saban tahun.

Penolong Profesor Tan Hao daripada Universiti Nasional Singapura (NUS) berharap dapat menggunakan data yang terkumpul untuk menunjukkan potensi karbon biru dalam menyumbang kepada laporan gas rumah hijau Singapura serta sasaran nasional terhadap usaha mengurangkan perubahan iklim.

Karbon biru yang tenggelam mampu mengalihkan sejumlah besar gas rumah hijau daripada persekitaran pada kadar sehingga 10 kali lebih tinggi daripada hutan daratan – menjadikannya kaedah amat berkesan dalam menangani pemanasan bumi.

Tambahan pula, ia menawarkan perlindungan kepada tumbuhan pantai yang terancam, lantas memainkan peranan penting dalam pemuliharaan biokepelbagaian.

Profesor Tang akur bahawa ekosistem karbon biru Singapura mempunyai potensi terpendam dalam membangunkan satu ekonomi karbon.

“Kami akan berupaya meneroka kemungkinan melihat penghasilan kredit karbon,” katanya sambil menambah bahawa perbincangan lanjut dengan agensi pemerintah serta rakan industri diperlukan.

Projek kedua yang diberi geran MCCS bertujuan membina daya tahan terumbu batu karang terhadap perubahan iklim.

Dipimpin Profesor Madya Huang Danwei dari NUS, kajian itu melibatkan pembangunan kaedah pembentukan batu karang yang lebih cekap untuk menghasilkan batu karang yang dimaksimumkan agar lebih bertakat dengan mempertingkat toleransi mereka kepada keadaan persekitaran yang tidak menentu.

Batu karang ini yang menjalani biokejuruteraan, menjadi tempat tinggalnya mikrob yang bermanfaat, kemudian akan menjalani pemindahan ke batu karang asli untuk mengembalikan habitat marin yang terjejas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >