Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Badut berlegar di luar sekolah: Pusat pengayaan minta maaf di atas kekecohan teknik pemasaran

Sep 20, 2021 | 03:33 PM



SYARIKAT di sebalik kempen pemasaran yang memerlukan beberapa individu menggunakan kostum badut dan berlegar di luar sekolah rendah telah meminta maaf kerana menimbulkan rasa panik orang awam.



Salah seorang individu ini dikesan di luar Sekolah Tao Nan di Marine Parade, menggesa pengetua sekolah rendah itu agar menghantar surat pemberitahuan kepada ibu bapa agar menasihati anak-anak mereka agar tidak mengekori badut itu.



Pengarah pusat pengayaan pelajar yang menjalankan kempen itu, Speech Academy Asia, Encik Kelvin Tan, memberitahu akhbar The Straits Times bahawa pasukan pemasaran sekolah itu dihantar ke kawasan sekitar timur dan barat Singapura sejak dua minggu lalu bagi mempromosikan kursus-kursusnya.



Penyedia khidmat pendidikan swasta itu membimbing pelajar dalam kemahiran berpidato.



Meminta maaf kerana kekecohan yang timbul, Encik Tan berkata pasukan pemasarannya tidak menjangkakan ada yang kurang senang selepas badut-badut diminta berlegar di luar sekolah rendah sebagai sebahagian kempen menggalak ibu bapa mendaftarkan anak-anak mereka bagi kelas pertuturan itu.



"Tiada niat tidak baik yang kami pendam di sebalik meminta pasukan kami menggunakan kostum badut itu dan kami meminta maaf di atas perbuatan kami itu. Kami tidak akan melakukannya lagi," ujarnya.



Beliau juga menafikan badut-badut itu mendesak para pelajar agar mengekori mereka.



"Kakitangan kami tidak akan ke sana sini menyatakan perkara sebegitu," tambahnya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >