Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahang Pilihan Raya Presiden mula dirasai

Usahawan Encik George Goh ambil borang permohonan Sijil Kelayakan pada hari pertama pendaftaran dibuka
Jun 14, 2023 | 05:30 AM



Persaingan untuk meraih sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Presiden mula dirasai di Singapura pada 13 Jun, hari pertama permohonan bagi mendapatkan Sijil Kelayakan untuk bertanding dibuka.

Sekitar 50 individu berbaju merah berhimpun di luar Jabatan Pilihan Raya (ELD) di Novena lama sebelum ia dibuka. Menjawab soalan wartawan, mereka berkata mereka hadir untuk memberi sokongan kepada usahawan Encik George Goh, yang pada Isnin mengumumkan hasrat untuk bertanding di Pilihan Raya Presiden tahun ini.

Encik Goh, 63 tahun, ialah pengerusi eksekutif kumpulan di Ossia International, syarikat pengedar dan peruncit produk pengguna yang antara lain membawa masuk jenama Harvey Norman ke sini.

Beliau tiba di ELD sekitar 10 pagi untuk mengambil borang permohonan bagi mendapatkan Sijil Kelayakan untuk bertanding di Pilihan Raya Presiden.

Mengiringinya ialah isteri, Cik Lysa Sumali dan empat anaknya, Cik Jovina, Cik Joanna, Cik Ingrid dan Encik Jonathan.

Encik Goh dilihat beramah mesra bersama penyokongnya - yang tiba sekitar setengah jam lebih awal - sebelum memasuki ELD untuk mengambil borang.

Kenyataan media yang dikeluarkan pasukan Encik Goh pada Isnin berkata beliau tidak dipengaruhi politik dan tidak pernah berkhidmat dalam sektor awam.

Semasa bercakap dengan media selepas mengambil borang Encik Goh menekankan lagi pesanan supaya rakyat Singapura memberi peluang kepada calon bebas sepertinya.

“Jangan risau tentang siapa yang bakal bertanding, tetapi apa yang lebih penting ialah niat calon presiden, sama ada beliau akan berkhidmat untuk negara,” kata Encik Goh kepada wartawan pada Selasa.

“Ia juga tidak penting sama sekali jika calon presiden terkenal atau tidak. Tetapi yang penting ialah bakal presiden akan berkhidmat dengan ikhlas. Jadi berilah peluang kepada calon bebas.”

Encik Goh merupakan bakal calon kedua yang mengumumkan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya presiden tahun ini.

Bakal pesaingnya dalam Pilihan Raya Presiden ialah Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam yang pada 8 Jun, mengumumkan beliau akan meletak jawatan daripada Pemerintah.

Encik Tharman, yang kini berada di luar negara untuk bertemu pemimpin perniagaan di London dan Amsterdam hingga 17 Jun, juga telah mengumumkan keputusannya untuk meletakkan jawatan daripada Parti Tindakan Rakyat dan merancang berundur pada 7 Julai untuk menandingi Pilihan Raya Presiden.

Presiden Halimah Yacob, pada 29 Mei, mengumumkan keputusannya untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Presiden.

Jendela untuk memohon Sijil Kelayakan bagi menandingi Pilihan Raya Presiden dan untuk megemukakan Pengisytiharan Tergolong Dalam Masyarakat akan ditutup lima hari selepas Writ Pilihan Raya dikeluarkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >