Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tharman mahu jadi tokoh penyatuan warga S’pura, galas tugas melampaui politik

Jun 08, 2023 | 08:41 PM



Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam, mahu menjadi tokoh penyatuan bagi warga Singapura dalam keadaan dunia yang pesat berubah kini.

“Presiden perlu menjadi tokoh penyatuan pada masa di mana warga mempunyai pilihan yang lebih pelbagai dan politik yang lebih pelbagai,” katanya.

Beliau menambah inilah masa yang tepat baginya untuk berkhidmat dalam peranan sebagai ketua negara dan mengekalkan sistem Singapura dan kompak sosial yang utuh dengan menjadi tokoh penyatuan dan memastikan integriti sistem negara ini bertahan.

Sementara itu, Encik Tharman berkata beliau tidak membuat sebarang andaian tentang peluangnya untuk menang dalam Pilihan Raya Presiden akan datang.

Bahkan, katanya, beliau tidak pernah membuat sebarang andaian tentang peluang kemenangannya dalam mana-mana pilihan raya yang pernah beliau tandingi sebelum ini.

Bercakap kepada media di Pusat Masyarakat Taman Jurong pada 8 Jun, Encik Tharman akur pilihan raya kali ini berbeza daripada pilihan raya yang pernah beliau tandingi kerana “ini bukan pertandingan politik”.

“(Pilihan raya) ini adalah tentang memilih orang yang tepat. Pun begitu, saya tidak membuat sebarang andaian tentang peluang saya.

“Saya ke hadapan untuk berkhidmat sedaya upaya saya dengan menggunakan semua pengalaman saya dalam ekonomi, kewangan, hal ehwal antarabangsa, serta kedudukan yang saya miliki di peringkat antarabangsa.

“Saya ke hadapan untuk berkhidmat kepada warga Singapura dalam peranan baru ini - bukan peranan politik, tetapi peranan berbeza, peranan yang melampaui politik,” ujarnya.

Keputusannya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden kali ini bukanlah sesuatu yang diambil secara sambil lewa dan bukan keputusan yang tergesa-gesa. Jelasnya:

“Saya sudah berfikir tentang hal ini selama berbulan sekarang kerana ramai orang sering tanya saya.

“Malah, bila saya duduk di pusat makanan setiap minggu, orang akan datang kepada saya dan mereka bukan penduduk saya... mereka tanya tentang ini.

“Saya akan ketawa tapi saya tahu mereka tidak main-main dan mereka mahu saya benar-benar mempertimbangkannya.”

Beberapa bulan kebelakangan ini, beliau telah memikirkan tentang isu tersebut dengan lebih mendalam “sebahagiannya disebabkan oleh cara persekitaran antarabangsa berubah”.

“Keyakinan saya ialah Singapura boleh mengharunginya dengan baik...jika kita berpegang teguh dan sistem kita kuat, sistem tadbir urus kukuh,” ujar Encik Tharman.

Jika berjaya dilantik, Encik Tharman akan menjadi Presiden berbangsa India kedua negara ini selepas mendiang Encik S R Nathan.

Ditanya sama ada beliau berpendapat isu kaumnya akan menjadi suatu isu dalam Pilihan Raya Presiden akan datang, Encik Tharman berkata meskipun kaum merupakan isu yang wujud di merata dunia, ia bukanlah sesuatu yang menjadi isu baginya.

“Tapi saya fikir saya juga mempunyai kelebihan kerana dikenali oleh warga Singapura, dan pernah menjadi menteri dalam pelbagai jawatan, dalam pendidikan, kewangan dan bidang lain.

“Saya telah menerima sokongan kukuh daripada semua lapisan masyarakat, jadi (kaum) bukan isu bagi saya,” katanya.

Dalam pada itu, Encik Tharman berkata tugas-tugasnya sebagai Anggota Parlimen GRC Jurong akan diambil alih rakan-rakan AP GRC Jurong lain.

Encik Shawn Huang akan mengambil alih Sesi Temu Penduduk (MPS) di Taman Jurong selain melakukan MPS nya sendiri di Jurong Spring.

Bagi acara lain, AP GRC Jurong lain – Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam, Encik Xie Yao Quan dan Dr Tan Wu Meng – akan bergilir-gilir membantu.

“Apabila parti (Parti Tindakan Rakyat) memutuskan siapa yang mungkin menjadi calon yang berpotensi bagi pusingan (pilihan raya) seterusnya, beliau perlu turun padang, bekerja keras. Saya rasa Jurong akan dijaga dengan baik,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >