Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahren Shaari dilantik anggota pengganti dalam Majlis Penasihat Presiden

Beliau antara dua anggota pengganti, dua lagi dilantik anggota penuh
Apr 07, 2017 | 05:30 AM



KETUA Eksekutif Bank of Singapore, Encik Bahren Shaari, merupakan antara empat karyawan mapan yang dilantik menganggotai Majlis Penasihat Presiden (CPA).



Menerusi pelantikan ini, Presiden Tony Tan Keng Yam melantik dua anggota penuh dan dua anggota pengganti.



Mantan pengerusi Keppel Corp, Encik Lim Chee Onn, dan mantan pengerusi Singapore Airlines, Encik Stephen Lee, kededuanya anggota pengganti CPA sebelum ini, dilantik sebagai anggota penuh majlis.



Demikian dinyatakan Pejabat Presiden dalam kenyataannya semalam.



Dua anggota pengganti baru telah dilantik. Mereka ialah Encik Bahren dan Ketua Pegawai Eksekutif Ho Bee Land, Encik Chua Thian Poh.



Encik Lim, Encik Lee dan Encik Chua telah mengangkat sumpah di Istana semalam, sedang Encik Bahren akan mengangkat sumpah pada Khamis depan.



Tempoh khidmat mereka bermula 1 April lalu.



Mantan Pengerusi Singapore Exchange, Encik J.Y. Pillai, merupakan pengerusi CPA sekarang ini.



Anggota lain CPA terdiri daripada mantan menteri Kabinet, Encik S. Dhanabalan; mantan rakan pengurus firma perakaunan Deloitte & Touche, Encik Po'ad Shaik Abu Bakar Mattar; mantan hakim Mahkamah Tinggi, Encik Goh Joon Seng; pengerusi FairPrice, Encik Bobby Chin; dan pengerusi Esplanade, Encik Lee Tzu Yang.



CPA menasihat Presiden dalam tugasnya melaksanakan kuasa pelindung dan kuasa budi bicara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >