Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANALISIS BERITA

Bajet cermin peralihan ekonomi, rebut peluang pertumbuhan

Feb 18, 2021 | 05:30 AM



BELANJAWAN 2021 telah dibentangkan sedang ekonomi dalam proses pemulihan selepas dipukul badai krisis Covid- 19.



Disifatkan ramai pengamat sebagai satu Belanjawan yang menyeluruh, mengimbangi keperluan jangka pendek dan panjang perniagaan serta berhati-hati demi memastikan masyarakat Singapura dapat bangkit lebih kukuh bersama.



Ia mengetengahkan sokongan dan inisiatif yang mencerminkan peralihan ekonomi - daripada mengawal pandemik kepada penyusunan semula dan merebut peluang pertumbuhan; daripada langkah sokongan lebih luas kepada langkah sokongan lebih khusus; dan daripada melindungi pekerjaan kepada mewujudkan pekerjaan lebih produktif dan baik.



Yang jelas, menerusi Belanjawan tahun ini, pemerintah terus menunjukkan komitmen untuk membantu perniagaan dan pekerja dalam sektor yang terjejas teruk, selagi mereka berusaha untuk terus bertakat dan menjalankan penyesuaian.



Ini menerusi pelanjutan skim seperti Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) yang dapat membantu perniagaan mengatasi cabaran segera Covid-19.



PELANJUTAN JSS



Perniagaan dan pekerja dalam sektor paling teruk terjejas - seperti penerbangan, aero angkasa, pelancongan, runcit dan sekitaran binaan - mampu menghela nafas lega kerana 'diberi hayat baru'.



Dengan pelanjutan JSS sehingga enam bulan lagi, mereka akan menerima sokongan pendapatan sebanyak 10 peratus atau 30 peratus bagi suku tahunan tambahan.



Para pengamat berkata, JSS adalah inisiatif penting dan utama dalam mengekalkan pekerja tempatan sepanjang tempoh ekonomi yang tidak menentu pada 2020.



Skim itu - yang menyediakan sokongan pendapatan sehingga 17 bulan - dijadualkan tamat selepas Mac tahun ini.



Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Kajian Forex Pasaran Global Maybank Group, Encik Saktiandi Supaat, berkata:



"Secara keseluruhan, pelanjutan JSS akan terus membantu perniagaan tetapi ia akan menolong sektor paling terjejas dalam Tahap 1 untuk tempoh lebih lama menjangkaui Julai 2021.



"Bergantung kepada keadaan Covid- 19 yang semakin pulih, kami menjangkakan bantuan untuk perniagaan akan dikurangkan bagi mereka yang kembali rancak dan tidak terjejas.



"Sementara itu, Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited yang dilanjutkan sehingga September pula akan menyokong pengambilan kerja warga tempatan dan peluang latihan."



Mengulas, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng, berkata pelanjutan JSS untuk sektor terkesan teruk, adalah langkah yang memberi kelegaan.



"Sokongan disasarkan untuk majikan yang paling memerlukan akan membantu mengekalkan perniagaan.



"Paling penting, ini akan juga menyelamatkan pekerjaan. Pelbagai langkah untuk menyokong pekerja dalam menimba kemahiran baru dan mencari pekerjaan dengan mengakses peluang pekerjaan akan memperkukuhkan daya tahan dan melindungi sumber rezeki pekerja kita," katanya dalam satu pos di Facebook.



Berkongsi sentimen serupa, Mayor CDC South East yang juga Pengarah NTUC, Encik Mohd Fahmi Aliman, berkata:



"Belanjawan tahun ini memberi tumpuan kepada melindungi kesihatan awam dalam memerangi Covid-19 sementara menyokong pekerja dan perniagaan dalam sektor terjejas teruk seperti penerbangan, aero angkasa dan pelancongan menerusi Pakej Daya Tahan Covid-19.



"Saya gembira JSS dilanjutkan untuk membantu lebih ramai pekerja kekal bekerja manakala Insentif Pertumbuhan Pekerjaan (JGI) akan juga menggalak majikan menggajikan lebih ramai warga setempat."



Sementara itu, Encik Samir Bedi, Ketua Penasihat Tenaga Kerja Ernst & Young (EY) Asean, berkata pelanjutan JSS adalah 'pemanis tambahan' bagi industri yang terjejas.



"Bagi syarikat dalam sektor-sektor terjejas, sekarang adalah masa yang tepat untuk mencapai tahap optimum dalam transformasi, melindungi dan mereka semula pekerjaan, dan ini bukan hanya memberi manfaat kepada diri mereka tetapi juga merangsang seluruh eko-sistem di Singapura," kata Encik Samir.



PEKERJAAN DAN KEMAHIRAN



Menurut pengamat, pekerjaan dan kemahiran terus menjadi tumpuan asas dalam Belanjawan 2021.



Penekanan signifikan telah dibuat dalam mewujudkan pekerjaan baru bagi menyerap kelembapan dalam pasaran buruh di samping meningkatkan kemahiran pekerja setempat, kata pakar ekonomi kanan Kumpulan Kajian DBS, Encik Irvin Seah.



"Seperti dilihat sekarang, pasaran buruh kekal lemah dan nisbah pekerjaan kosong berbanding seorang yang menganggur kekal tidak setara.



"Walaupun terdapat pemulihan, namun prospek pengambilan pekerja jangka masa terdekat kekal mencabar memandangkan syarikat masih lagi berhati-hati dalam menambah kos tenaga kerja baru," ujar beliau.



Justeru, kata Encik Seah, langkah seperti Geran Pemulihan Semula Covid-19 akan menyediakan kelegaan sementara kepada pekerja yang menganggur - di antara $500 hingga $700 sehingga tiga bulan.



Jelas beliau, pelanjutan Skim Kredit Pendapatan (WCS) akan juga memberi bantuan yang amat diperlukan oleh segmen tenaga kerja setempat yang lebih lemah.



Pelanjutan dan peningkat terhadap dasar dalam Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited pula dijangka dapat menangani keprihatinan pekerja yang 'kehilangan' dan lulusan baru.



Khususnya, Insentif Pertumbuhan Pekerjaan (JGI) - skim subsidi pendapatan untuk menolong majikan memperkukuhkan tenaga kerja setempat yang pada awalnya akan berakhir bulan ini dilanjutkan sehingga September - dapat membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan mendapat kerja semula dan membantu lulusan baru.




Secara keseluruhan, pelanjutan JSS akan terus membantu perniagaan tetapi ia akan menolong sektor paling terjejas dalam Tahap 1 untuk tempoh lebih lama menjangkaui Julai 2021. Bergantung kepada keadaan Covid-19 yang semakin pulih, kami menjangkakan bantuan untuk perniagaan akan dikurangkan bagi mereka yang kembali rancak dan tidak terjejas. Sementara itu, Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited yang dilanjutkan sehingga September pula akan menyokong pengambilan kerja warga tempatan dan peluang latihan.
- Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Kajian Forex Pasaran Global Maybank Group, Encik Saktiandi Supaat.



Sokongan disasarkan untuk majikan yang paling memerlukan akan membantu mengekalkan perniagaan. Paling penting, ini akan juga menyelamatkan pekerjaan. Pelbagai langkah untuk menyokong pekerja dalam menimba kemahiran baru dan mencari pekerjaan dengan mengakses peluang pekerjaan akan memperkukuhkan daya tahan dan melindungi sumber rezeki pekerja kita.
- Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng.



Belanjawan tahun ini memberi tumpuan kepada melindungi kesihatan awam dalam memerangi Covid-19 sementara menyokong pekerja dan perniagaan dalam sektor terjejas teruk seperti penerbangan, aero angkasa dan pelancongan menerusi Pakej Daya Tahan Covid-19. Saya gembira JSS dilanjutkan untuk membantu lebih ramai pekerja kekal bekerja manakala Insentif Pertumbuhan Pekerjaan (JGI) akan juga menggalak majikan menggajikan lebih ramai warga setempat.
- Mayor CDC South East yang juga Pengarah NTUC, Encik Mohd Fahmi Aliman.




SEKILAS PAKEJ PEKERJAAN DAN KEMAHIRAN SGUNITED



  • Tambahan pakej keseluruhan bernilai $5.4 bilion

  • Menyokong usaha menggajikan 200,000 pekerja setempat dan menyediakan sehingga 35,000 peluang latihan tahun ini

  • $5.2 bilion diperuntukkan bagi Insentif Pertumbuhan Pekerjaan (JGI), melanjutkan skim itu selama tujuh bulan lagi sehingga September

  • Sokongan bagi program latihan seperti Program Pelatih SGUnited dan Program Laluan Pertengahan Kerjaya SGUnited dilanjutkan untuk setahun lagi, sehingga 31 Mac tahun depan

  • Calon pekerja boleh memantau gerbang pekerjaan, MyCareersFuture.sg, bagi pekerjaan ditawarkan

  • Hampir 76,000 individu mendapat pekerjaan dan peluang latihan sehingga hujung tahun lalu




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >