Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bakat AI di S’pura pesat berkembang: LinkedIn

Namun, kemahiran khusus yang amat diperlukan dalam bidang ini seperti sains data masih kurang
Aug 20, 2023 | 05:30 AM



Singapura adalah pasaran yang paling pesat berkembang untuk bakat kecerdasan buatan (AI) di Asia-Pasifik, menurut data LinkedIn.

Bahagian bakat AI di Republik ini antara 2016 dan 2022 meningkat sebanyak 565 peratus, mengatasi negara lain seperti Australia, India dan Jepun.

Pertumbuhan dalam pengambilan bakat AI di Singapura juga meningkat lebih cepat daripada keseluruhan pengambilan pekerja di sini – sebanyak 14 peratus pada 2022.

Peranan pekerjaan yang paling pesat berkembang dalam bidang ini termasuk jurutera algoritma dan pakar sains data.

Seseorang individu dianggap sebagai bakat AI jika beliau dapat menyertakan kemahiran AI seperti pembelajaran mesin pada profilnya, dan/atau beliau bekerja dalam bidang berkaitan.

Di Singapura, nampaknya terdapat jurang kemahiran dalam sains data, kata Encik Frank Koo, ketua Asia LinkedIn bahagian penyelesaian bakat dan pembelajaran.

“Kami melihat bilangan pekerjaan dan jangkauan perekrut dengan kemahiran yang diperlukan, berbanding bilangan ahli yang kami ada dengan kemahiran seperti ini.”

Kemahiran khusus yang amat diperlukan, berbanding bakat yang ada, dalam bidang-bidang analisis data, pengaturcaraan dan analisis visual.

Bidang teratas lain yang mempunyai jurang kemahiran di sini ialah pembangunan web dan pemasaran digital.

Encik Koo berkata semakin banyak perhatian diberikan terhadap pembangunan kemahiran dalam kalangan karyawan dan perniagaan, dengan tujuh daripada 10 pekerja bersetuju bahawa kemahiran adalah lebih penting daripada kelayakan ijazah pada hari ini, berbanding dua dekad lalu.

Di peringkat global, hampir separuh daripada penyewa di LinkedIn, atau 45 peratus, menggunakan data kemahiran untuk memenuhi permintaan bagi tugasan terbuka pada April 2023.

“Kami dapati, para ahli Linkedin menambah kemahiran pada profil mereka pada kadar yang lebih cepat,” kata Encik Koo.

Ahli LinkedIn menambah 446 juta kemahiran pada profil mereka dalam tempoh 12 bulan sehingga Mac 2023 – meningkat hampir 50 peratus daripada tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Kemahiran ini boleh dikategorikan mengikut pengetahuan industri, alatan dan teknologi, serta kemahiran hubungan sesama manusia.

“Apabila anda menumpukan pada kemahiran, anda boleh membina kemahiran baharu sepanjang masa.

“Apa yang kami cuba lakukan ialah membantu orang ramai membangunkan minda pertumbuhan dengan menyediakan maklumat, supaya mereka tahu jenis kemahiran baharu yang boleh mereka kembangkan untuk menjadikan diri mereka boleh bekerja, ” kata Encik Koo.

“Walaupun dalam peranan yang sama, kemahiran asas telah berubah dengan ketara. Jadi itulah sebabnya, walaupun anda melakukan kerja yang sama, anda masih perlu mempertingkat diri anda.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >