Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak sokongan bagi pendidikan digital

Festival SkillsFuture ketengah program dan alat baru bagi pendidikan digital
Aug 03, 2023 | 02:20 PM



Rangka Tindakan Andragogi Digital atau Digital Andragogy Blueprint yang dilancarkan di Festival SkillsFuture pada Khamis dibentuk dengan tujuan memberi pendidik di institusi pendidikan Singapura saranan dan strategi bagi pembelajaran golongan pelajar dewasa.

Ia menawarkan koleksi alat digital yang selaras dengan objektif pembelajaran dan dihasilkan oleh Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) dengan kerjasama Microsoft.

Alat digital Microsoft yang boleh digunakan pendidik di bawah rangka tindakan itu termasuk kecerdasan buatan serta alat pembelajaran lain.

Dengan mempermudahkan penggunaan alat digital di kalangan pendidik pelajar dewasa, rangka tindakan itu juga bertujuan mempertingkat mutu latihan kemahiran dan memastikan ia relevan dengan industri.

Ia kini ditawarkan percuma di laman SUSS.

Rangka tindakan itu merupakan antara program dan alat yang diperkenalkan di bawah Pendidikan & Latihan Berterusan (CET) semasa acara yang diadakan di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat di Eunos.

Acara SkillsFuture Festival X SUSS, anjuran SUSS dengan kerjasama SkillsFuture Singapore (SSG) dengan sokogan institut pengajian tinggi (IHL) lain, bertujuan mengetengahkan usaha bagi menyokong pendigitalan di tempat kerja.

Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang, yang telah menghadiri acara itu berkata: “Penggunaan teknologi pendidikan disertakan dengan andragogi yang baik, boleh mempertingkat penggunaan CET dan pengalaman pembelajaran secara keseluruhan serta keberkesanan bagi pelajar.

“Berdasarkan kemajuan yang dicapai dalam pembelajaran teradun semasa Covid-19, IHL kini mempertimbangkan sama ada mereka boleh menerapkan lebih banyak pembelajaran seperti itu ke dalam program CET yang boleh dilakukan mengikut keupayaan pelajar itu sendiri.

“Ini membolehkan masa pembelajaran fizikal yang berharga disalurkan kepada program amali bagi membina bidang kemahiran utama lain.”

Acara dengan tema ‘Digital di Tempat Kerja’ itu turut menonjolkan kursus digital baru bagi pekerja pertengahan kerjaya, seperti program Amalan Industri Ekonomi Digital.

Program tersebut, dilancarkan oleh Akademi SMU dan disokong oleh SSG, bertujuan menyokong peningkatan kemahiran digital pekerja pertengahan kerjaya.

Ia direka bagi merapatkan jurang antara akademia dan industri untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk meningkatkan kemahiran atau beralih ke ekonomi digital.

Ia menampilkan dua landasan pengkhususan: perlindungan dan tadbir urus data; dan rantaian bekalan digital.

Pendaftaran bermula Khamis dan golongan pelajar baru akan memulakan pembelajaran pada Januari 2024.

Presiden SUSS, Profesor Tan Tai Yong, berkata digitalisasi telah mengubah cara kita bekerja dan berlibur.

“Dalam persekitaran hari ini yang pesat berubah, kesan terhadap peranan pekerjaan amat mendalam.

“Kemajuan teknologi dan perubahan ekonomi memerlukan pekerja melengkapkan diri mereka dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk kekal relevan dalam pasaran pekerjaan.

“Kita perlu menerima pendigitalan secara positif, kerana ia memberikan peluang dan cabaran baru untuk perniagaan di Singapura. Kita perlu tangkas dan pandai menyesuaikan diri untuk berjaya dalam era digital,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >