Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Baki jemaah umrah terkandas di S’pura selamat berlepas ke Jeddah

Nov 20, 2023 | 08:32 PM



Kesemua baki jemaah umrah Singapura yang terkandas di sini sejak 17 November telah selamat berangkat ke Jeddah pada Isnin.

Seramai 41 jemaah YBD iaitu syarikat berpangkalan di Arab Saudi, 37 jemaah Syukran Travel & Tours dan 30 jemaah Shahidah Travel & Tours berlepas ke Jeddah menaiki penerbangan Saudia SV837 pada 5 petang dari Terminal 3 Lapangan Terbang Changi.

Kumpulan itu membentuk sebahagian daripada 146 jemaah – termasuk daripada syarikat Travelconnect.sg – yang terjejas ekoran pesawat menghadapi masalah teknikal dan menyebabkan penerbangan ditunda.

Berkongsi kepada Berita Harian (BH) menerusi panggilan telefon, wakil perhubungan Syukran Travel & Tours, Ustazah Nursyahiirah Ismail, berkata pihaknya mendapat panggilan pada Ahad sekitar 10.30 malam daripada pihak Saudia bahawa penerbangan akan diteruskan pada keesokan harinya.


“Ramai di antara mereka (jemaah) rasa gelisah kerana tidak tahu sama ada perjalanan diteruskan atau tidak.

“Namun rata-rata mereka menerima keadaan kerana akur (ia satu kejadian) di luar jangkauan agensi,” tambah Ustazah Nursyahiirah.

Beliau berkata disebabkan penundaan penerbangan, tempoh perjalanan umrah terpaksa dipendekkan kerana pada asalnya, jemaah sepatutnya melakukan pakej 10 hari.

Jemaah kini hanya melalui perjalanan selama enam hari – tiga hari di Makkah dan tiga hari di Madinah – katanya, sambil menambah ia aturan yang telah dipersetujui semua jemaah terjejas.

Hal serupa turut dialami jemaah YBD dengan tempoh perjalanan mereka, termasuk lawatan ke Jordan, dipendekkan daripada 15 hari kepada 11 hari.

Menurut seorang pegawai YBD yang menyertai rombongan jemaah itu, Encik Hosni Md Hanapi, beliau dan jemaah bersyukur penerbangan diteruskan tetapi penundaan tersebut “mengganggu jadual perjalanan”.

Beliau berkata pada asalnya, mereka akan mengunjungi Makkah, Madinah dan Jordan selama lima hari di setiap bandar sedemikian.

Namun mereka kini memendekkan tempoh perjalanan di Makkah dan Madinah kepada tiga hari, sebelum ke Jordan pada 27 November selama lima hari.

“Yang penting, kami dapat tunaikan hajat (untuk lakukan umrah),” jelasnya.

Encik Hosni menambah pihak Saudia telah menempatkan jemaah di Copthorne Kings Hotel di Havelock Road sebelum ditempatkan semula di Orchard Hotel pada Ahad.

Bagi jemaah Shahidah Travel & Tours pula, mereka sepatutnya pulang pada Isnin (27 Nov) tetapi tempoh mereka dilanjutkan selama dua hari kepada Rabu (29 Nov).

Mengesahkan hal demikian kepada BH, Pengarah Urusan Shahidah Travel and Tours, Encik Ayoob Yacoob Angullia, menjelaskan:

“Jemaah diberikan makan tengah hari di restoran Burger King sebelum berangkat dan dilanjutkan dua malam tanpa sebarang bayaran tambahan.

Beliau turut menambah jemaah dapat tebus tuntutan kelewatan sebanyak $500 tunai daripada insurans perjalanan.

Awal daripada itu, pengarah Travelconnect.sg, Ustaz Nafis Rahman, mengesahkan kepada BH seramai 38 jemaahnya telah pun berangkat ke Jeddah dengan pesawat Saudia yang berlepas pada Sabtu.

Pada Jumaat, pesawat Saudia SV837 sepatutnya berlepas pada 5 petang namun ia dikatakan mengalami isu teknikal dan keberangkatannya telah ditangguh.

BH telah menghubungi Saudia untuk mendapatkan maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >