Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 120 jemaah umrah terkandas di S’pura bila pesawat hadapi isu teknikal

Penumpang ditawar tempat penginapan sementara oleh syarikat penerbangan
Nov 17, 2023 | 10:25 PM



Lebih 120 jemaah dari sekurang-kurangnya empat ejen pelancongan yang sepatutnya berlepas ke Jeddah, Arab Saudi pada petang Jumaat, terkandas di Lapangan Terbang Changi akibat pesawat yang sepatutnya dinaiki mengalami masalah teknikal dan hanya dapat berangkat pada Ahad.

Menurut seorang penumpang dan pegawai salah satu ejen pelancongan yang terjejas, pesawat syarikat penerbangan Saudia, SV837, sepatutnya berlepas pada 5 petang namun dikatakan mengalami isu teknikal dan telah ditangguh untuk berlepas pada 3.30 petang Ahad.

Difahamkan jemaah yang terjejas dikendali ejen-ejen pelancongan YBD - sebuah syarikat berpangkalan di Arab Saudi – Shahidah Travel & Tours, Travel Connect dan Syukran Travel.

Dalam kalangan mereka, seramai 41 merupakan jemaah syarikat YBD, 50 jemaah Syukran Travel dan seramai 30 jemaah di bawah jagaan Shahidah Travel & Tours, menurut pegawai dan pemilik syarikat yang dihubungi Berita Harian (BH).


Apabila dihubungi BH Encik Hosni Md Hanapi, 34 tahun, seorang pegawai daripada YBD yang menyertai rombongan jemaah itu, berkata sekitar 7.30 malam, jemaah masih menunggu giliran untuk meninggalkan ruang transit.

Beliau berkata jemaah ditawar untuk menginap di sebuah hotel yang ditanggung kosnya oleh syarikat Saudia, sambil menunggu isu teknikal itu diselesaikan sebelum meneruskan rancangan penerbangan mereka.







Tinjauan BH di laman jejak penerbangan, FlightRadar24 juga menyatakan pesawat SV837 itu yang sepatutnya tiba di Jeddah pada 9.50 malam waktu tempatan (2.50 pagi waktu Singapura) telah ditangguh hingga 3.30 petang Ahad.

Encik Hosni memberitahu BH, jemaah, selepas melepasi imigresen di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi, telah mula memasuki ruang menunggu sebelum naik pesawat di kawasan transit sejak 4 petang.

“Tapi sekitar 4.50 petang saya perhatikan, kru kabin masih belum lagi menaiki pesawat kami,” katanya.

Sekitar 5.03 petang, jemaah diberitahu oleh pegawai di kaunter bahawa mereka mengalami penangguhan.

Namun selepas menunggu lagi 15 minit, Encik Hosni memerhatikan kakitangan lapangan terbang sudah mula mengeluarkan kargo dari pesawat mereka itu.

“Pada saat itu saya sudah pasti, kami tidak akan terbang hari ini,” katanya.

Sekitar 5.18 petang, Encik Hosni berkata staf di kaunter mengumumkan pesawat mereka sedang menghadapi isu teknikal dan bakal berangkat pada 3.30 petang Ahad.

BH telah menghubungi Saudia untuk mendapatkan maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >