Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bakti Allahyarham Riz Sunawan lestari bahasa dihargai

Mar 03, 2023 | 05:30 AM



SUMBANGAN dan komitmen mantan penyiar Allahyarham Riz Sunawan dalam melestari bahasa Melayu mendapat penghargaan Jawatankuasa Bulan Bahasa 2023.



Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam, yang juga pengerusi jawatankuasa itu, menyampaikan kata-kata penghargaan tersebut dalam ucapan pembukaan beliau semasa sesi taklimat jawatankuasa itu bagi rakan kerjasamanya pada Rabu.



Allahyarham, yang nama sebenarnya Asri Sunawan, adalah seorang duta bahasa Bulan Bahasa.



Beliau meninggal dunia pada 8 Februari setelah hampir lima tahun, sejak 2018, menghidap Amyotrophic Lateral Sclerosis, atau ALS, iaitu sejenis penyakit motor neuron (MND).



Cik Rahayu berkata Allahyarham banyak menyumbang kepada pelestarian bahasa Melayu. Pada 2010, beliau dilantik sebagai duta bahasa untuk memupuk minat masyarakat kepada budaya dan bahasa Melayu, dan menggalak pelibatan masyarakat dalam inisiatif Bulan Bahasa.



Walaupun penyakitnya menjejas pergerakan, percakapan dan pernafasan beliau, Allahyarham tetap giat berbakti kepada usaha melestari bahasa dan budaya Melayu, termasuk sebagai anggota Jawatankuasa Bulan Bahasa.



Sebuah video penghargaan bagi mengenang jasa Allahyarham yang disiapkan oleh Jawatankuasa Bulan Bahasa 2023 turut ditayangkan semasa sesi taklimat itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >