Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bakti lebih 400 pegawai Home Team diiktiraf

Sep 24, 2018 | 03:16 PM



LEBIH 400 pegawai Home Team, pada Isnin (24 September), menerima anugerah khas daripada Menteri Ehwal Dalam Negeri Encik K. Shanmugam, yang mengiktiraf khidmat cemerlang dan kerjasama pegawai dari berbilang agensi keselamatan dalam menjalankan tugas masing-masing.



Dalam ucapannya, Encik Shanmugam berkata ramai lagi pegawai yang memberi khidmat sama penting, tetapi tidak dapat diiktiraf pada majlis itu.



“Mereka tidak kurang penting, tidak kurang layak untuk menerima anugerah dan pujian kami… bersama, mereka adalah sebab warga Singapura berkeyakinan tinggi pada Home Team,” kata Encik Shanmugam.



Empat anugerah utama diberikan - Anugerah Pencapaian Home Team Menteri Ehwal Dalam Negeri, Anugerah Kecemerlangan Operasi Menteri Ehwal Dalam Negeri, Anugerah Bintang Bakti, dan Anugerah Inovasi Home Team.



Antara pemenang anugerah ialah Superintenden Saherly Limat, 45 tahun, Timbalan Pengarah, Jabatan Operasi di Biro Narkotik Pusat (CNB). 



Beliau menerima Anugerah Pencapaian Home Team Menteri Ehwal Dalam Negeri kerana peranan penting yang dimainkannya dalam sekretariat kempen ‘Dadah Itu Haram’, sejak ia dimulakan pada April 2017. Kempen itu bertujuan meningkat tahap kesedaran mencegah dadah dalam kalangan masyarakat Melayu /Muslim.



Sarjan Kedua (2SG) Muhammad Ridhuan Abdol Mutalib, 30 tahun, seorang pakar pemprofil di Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), pula menerima Anugerah Kecemerlangan Operasi Menteri Ehwal Dalam Negeri.



2SG Ridhuan bertindak pantas dalam kerjasama silang agensi Home Team untuk menangkap seorang lelaki yang dikehendaki kerana merompak dan kesalahan dadah di Pusat Pemeriksaan dan Imigresen Woodlands, pada Januari lalu.



Staf Sarjan Mohamad Farhan Mohamad Suhaili, 31 tahun, pegawai Pasukan Polis Singapura pula, memenangi Anugerah Bintang Bakti, kerana berkhidmat melebihi tuntutan kerja untuk membantu tiga kanak-kanak berusia antara dua bulan dengan tiga tahun, yang tidak menerima jagaan sesuai oleh ibu bapa mereka.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >