Subuh
5:52
Syuruk
7:08
Zuhur
1:13
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Balai bomba pertama di Punggol tahun depan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Balai bomba pertama di Punggol tahun depan

Mar 11, 2019 | 06:00 PM

 

BALAI bomba pertama di Punggol akan dibuka pada pertengahan tahun depan.

Ia akan dibina di 151 Punggol Central, sebumbung dengan pusat polis kejiranan bagi estet kejiranan itu.

Bangunan lima tingkat seluas 1.5 ganda padang bola sepak itu memuatkan dua gelungsur pegawai bomba, pagar sesat (maze) latihan, serta lapan tempat meletak lori bomba. Ia juga mempunyai dewan serbaguna, taman bumbung dan bilik latihan.

Balai bomba itu, yang ke-23 milik Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), juga mempunyai menara tujuh tingkat yang boleh digunakan bagi latihan mengikut sekitaran berbeza.

Pembangunan pesat di Punggol bermakna balai bomba itu adalah tambahan yang wajar, kata setiausaha parlimen kanan (Pembangunan Negara, Ehwal Dalam Negeri) Cik Sun Xueling. Beliau juga seorang Anggota Parlimen (AP) bagi GRC Pasir Ris-Punggol.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3