Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Banduan kirim kad motivasi kepada anak sempena pembukaan sekolah

Jan 05, 2023 | 05:30 AM



BAGI seorang pesalah yang hanya ingin dikenali sebagai Jebat, tempoh hukuman penjaranya sepanjang empat tahun kini membawa rasa kesal kepadanya kerana tidak berupaya menghadirkan diri bersama keluarga dan bayinya.



Apabila diberi peluang menulis surat kepada puteranya yang berusia 15 bulan itu, Jebat, 28 tahun, mendoakan terbaik baginya serta meminta isterinya membekalkan coklat dan marshmallow bagi anaknya itu yang bakal menyertai pusat jagaan bayi tahun ini.



"Saya mendoakan yang terbaik untuknya bagi tahun sekolah pertama ini dan saya juga meminta maaf kerana tidak berada bersamanya sewaktu tempoh ini," katanya kepada The Straits Times.



"Saya doakan agar Tuhan akan sentiasa berada bersamanya dengan Mama, dan agar kami dapat bertemu semula sebagai satu keluarga tidak lama nanti," tambah Jebat, yang dijatuhi hukuman penjara dari 2021 hingga 2025 atas kesalahan berkaitan dadah.



Jebat merupakan antara lebih 200 bapa yang dipenjara - yang mempunyai anak dari 200 prasekolah, sekolah rendah dan menengah serta institut pengajian tinggi - yang terlibat dalam sebuah program bernama Kembali Ke Sekolah Bersama Ayah 2023.



Inisiatif yang berlangsung dari kelmarin hingga semalam itu melibatkan para bapa di penjara menulis ucapan kepada anak-anak mereka sempena permulaan tahun sekolah baru.



Dianjur oleh Pusat Kebapaan, Bapa Sepanjang Hayat dan Ibu Sepanjang Hayat, dengan kerjasama Keluarga Sepanjang Hayat, program yang dilancar sejak 2006 itu menggalakkan bapa menemani anak mereka ke sekolah serta memberi kata-kata perangsang kepada mereka sempena permulaan tahun sekolah baru.



Ia adalah kali pertama program itu diperluas kepada bapa yang sedang menjalani hukuman penjara.



Ini supaya pesalah tersebut akan mendorong anak-anak mereka sewaktu tempoh peralihan kepada tahun sekolah baru, meskipun tidak berupaya berada di sisi mereka untuk berbuat demikian.



"Saya harap anak saya dapat rasakan sayang dan keprihatinan saya terhadapnya," kata Jebat lagi, merujuk kepada kad yang ditulisnya itu.



Menurut salah seorang relawan Bapa Sepanjang Hayat, Encik Ganesan Maniam, yang ditugaskan membimbing bapa yang telah dipenjara di bawah program itu, kanak-kanak sangat menghargai kata-kata perangsang oleh ibu bapa mereka.



"Mereka gemar menerima kata-kata baik yang disampaikan kepada mereka, seperti 'anda hebat' dan 'pergilah buat kawan baru dan lakukan yang terbaik untuk pelajaran anda'. Ini merupakan contoh kata-kata yang memberi mereka inspirasi dan akan kekal berada dalam peringatan mereka sepanjang hayat," katanya.



"Anak-anak saya selalu ingat apa yang telah saya tulis kepada mereka sejak enam tahun lalu," tambah Encik Ganesan, seorang kakitangan awam berusia 53 tahun.



Bapa dua anak itu berkata beliau menerima manfaat daripada panduan keibubapaan oleh ibu bapa lain yang menyertai bengkel kendalian Pusat Kebapaan.



Sebagai contoh, beliau dan isterinya merajinkan diri mengambil anak dari sekolah dan menggalak mereka berkongsi apa yang telah mereka lakukan sepanjang hari sewaktu makan malam.



Apabila anak lelakinya mula rasa gelisah sekiranya dia akan dibuli pada Menengah 1, kerana dia telah dibuli sewaktu di sekolah rendah, Encik Ganesan berkata kepadanya agar jangan takut dengan sifat dirinya yang sebenar dan jangan risau untuk berkawan.



"Anak saya gemar mengajak semua orang berbual bersamanya, namun dia bimbang sekiranya mereka tidak membalasnya. Tetapi saya hanya memberitahunya untuk memperkenalkan diri dan berbual dengan mereka dengan nada riang. Sudah pasti ramai yang akan membalasnya," katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >