Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bangunan Istana dibuka kepada orang ramai 7 Mei

Apr 22, 2022 | 05:30 AM



BANGUNAN utama Istana akan dibuka kepada orang ramai pada 7 Mei ini buat pertama kali sejak pandemik Covid-19.



Rumah terbuka itu akan dianjurkan sempena menyambut kedua-dua Hari Buruh dan Hari Raya Aidilfitri, yang masing-masing jatuh pada 1 dan 3 Mei.



Semua pengunjung ke Istana perlu memohon tiket terlebih dahulu, yang dihadkan kepada lima tiket setiap seorang, kata Pejabat Presiden semalam.



Pemohon harus memilih slot kunjungan selama dua jam, bermula sama ada pada 9 pagi, 11 pagi, 1 petang atau 3 petang. Sekiranya tiket terlebih langgan, ia akan diperuntukkan melalui sistem pengundian elektronik.



Permohonan tiket boleh dibuat dalam talian menerusi laman web www.istanaoh.myevent360.com mulai 10 pagi pada 25 April hingga 10 pagi pada 26 April.



Kemasukan ke tapak Istana adalah percuma.



Pengunjung boleh membeli pas kemasukan untuk ke bangunan utama semasa slot kunjungan mereka pada harga $2 untuk warga Singapura dan penduduk tetap berusia empat tahun dan ke atas. Kemasukan adalah percuma untuk kanak-kanak bawah empat tahun.



Kali terakhir bangunan itu dibuka kepada orang ramai adalah pada 26 Januari 2020.



"Pengunjung dapat mengunjungi bilik majlis terpilih dan berpeluang melihat koleksi hadiah negara serta penyediaan bilik untuk acara negara," kata kenyataan itu.



Persembahan, lawatan atau trak makanan tidak akan diadakan di rumah terbuka itu tetapi akan ada gerai barangan yang menjual edisi terhad cenderahati Istana dan cenderahati Cabaran Presiden.



Semua yuran dan hasil yang dikutip akan disalurkan kepada badan amal yang disokong oleh Cabaran Presiden.



Pengunjung akan dikehendaki memakai pelitup pada setiap masa apabila berada dalam bangunan. Duta jarak selamat pula akan membantu memastikan pengunjung mematuhi langkah pengurusan selamat, tambah kenyataan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >