Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Banjir kilat di kawasan Jurong West akibat hujan lebat

Nov 28, 2023 | 10:04 PM



Banjir kilat akibat hujan lebat dilaporkan di beberapa lokasi di barat Singapura petang Selasa menurut agensi air tempatan, PUB.

Dalam beberapa video dimuat naik di media sosial, banjir kilat hingga paras buku lali dirakam di beberapa lokasi di Jurong West dan Boon Lay.

Dalam satu video dimuat naik seorang pengguna Facebook bernama Jason Ngan, kelihatan individu yang merakam video tersebut – seorang penunggang basikal – berada di sebuah perhentian bas yang dinaiki air, termasuk jalan raya bersebelahannya.







Dalam video itu, paras air kelihatan mencecah hingga atas paras tempat duduk perhentian bas itu.

Beliau berkata: “Ada banjir di Jurong Lakeside dekat stesen MRT dan Boon Lay, Blok 263 menuju ke Blok 694.”

Kedua-dua kawasan dimaksudkan itu melibatkan jalan raya Boon Lay Way, menurut tinjauan Berita Harian menerusi peta Google.

Kenderaan yang sedang melalui jalan raya di tempat kejadian kelihatan menempuhi banjir hingga paras atas roda.

Di platform media sosial X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter, PUB mengeluarkan beberapa amaran banjir kilat di beberapa lokasi ekoran hujan lebat sekitar 3.30 petang Selasa.

Ini termasuk Boon Lay Walk, Clementi Road, Yuan Ching Road dan Jalan Boon Lay; tempat kejadian yang dirakam penunggang basikal itu.

Pada 3.42 petang, PUB mengesahkan terdapat banjir kilat di Boon Lay Way dan Corporation Road yang menjejas dua laluan jalan raya dan menasihatkan pemandu mengelakkan daripada melalui kawasan itu.

Pada 4.03 petang, ia melaporkan bahawa banjir tersebut sudah reda dan sesuai bagi pemandu melalui jalan raya berkenaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >