Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

JB dilanda ribut petang Isnin

Oct 10, 2023 | 03:06 PM



JOHOR BAHRU: Bandar Johor Bahru (JB) dilanda hujan lebat dan ribut pada petang Isnin (9 Oktober).


Dalam beberapa video dimuat naik media sosial, kelihatan sekitar bandar tersebut terjejas hujan lebat berserta angin kencang hingga menyebabkan kerosakan harta benda dan pokok tumbang.

Kejadian tersebut dirakam seorang pengguna TikTok bernama Cik Azreen Mohd Nor (@azreenmohdnor) di kawasan beli-belah Komtar JBCC.




@azreenmohdnor

💥RIBUT DI BANDAR JB AREA CS&JBCC 9.10.2023 JAM 4.30 PTG #bencanaalam #ributjb #ributmalaysia #ributjohor #jb #johor

♬ Sad Music - Max-Music



Dalam video itu, kelihatan pokok meliuk apabila angin kencang memukul daerah itu, dengan harta benda awam seperti papan perhentian jalan terjatuh di lantai, dan sampah dan serpihan melayang di udara.

Kelihatan juga harta benda lain turut rosak termasuk sebahagian gerbang masuk jalan raya dan kepungan tapak binaan runtuh, pokok tumbang serta banjir kilat.

Beberapa pengguna lain yang dipercayai menyaksikan hal sama mengesahkan kejadian itu berlaku di bandar raya JB.

Namun penduduk lain yang dipercayai berasal dari Pasir Gudang dan Skudai tidak mengalami hal demikian dan hanya menyaksikan cuaca mendung sahaja.







Satu pos di laman Facebook Johor Post, menyatakan pokok dilaporkan tumbang hingga menyebabkan kerosakan kepada harta benda.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan pada Isnin, 4.30 petang mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 11 negeri di seluruh Malaysia.

Ini termasuk di enam daerah di Johor iaitu Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >