Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bantu persiap masa depan digital: Lebih 100 firma infokom media ikrar

Apr 08, 2019 | 05:30 AM



LEBIH 100 firma infokom media telah berikrar membantu mempersiap rakyat Singapura bagi masa depan digital.



Usaha ini dicapai melalui pembinaan program kesediaan digital serta pengendalian latihan dan pendidikan digital untuk orang ramai.



Firma-firma itu meletakkan komitmen mereka semalam dalam satu majlis tanda tangan rasmi Ikrar Penyertaan Digital (DPP) sempena acara Tech4Community serta Roadshow Silver Infocomm, Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).



Inisiatif DPP telah diumumkan oleh Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary, dalam perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) pada bulan lalu.



Ia dikuatkuasakan sebagai sokongan kepada Rangka Tindakan Kesediaan Digital Singapura.



Dr Puthucheary, yang juga tetamu kehormat di majlis itu, dalam ucapannya, berkata:



"Pemerintah tidak akan dapat membina sebuah masyarakat digital sendirian. Kesediaan digital adalah usaha seluruh negara.



"Organisasi daripada sektor swasta dan awam memainkan peranan penting dalam perjalanan kesediaan digital ini, untuk membantu rakyat Singapura memperolehi kemahiran dan mengamalkan teknologi digital."



Dipimpin oleh SGTech, ikrar secara besar-besaran itu adalah yang pertama diadakan oleh sebuah sektor industri.



Accenture, salah satu ahli SGTech, telah melancarkan Tech-X, satu program tanggungjawab sosial korporat, untuk meningkatkan akses digital kepada warga muda dan tua.



Program tersebut melibatkan kakitangan firma itu secara sukarela mereka bentuk dan mengendalikan kursus seperti programming perisian (software programming) dan coding kepada 300 penerima manfaat.



Antara lain, Facebook, yang melancarkan satu portal pendidikan interaktif dalam talian, We Think Digital.



Portal itu bertujuan membimbing pengguna Internet yang baru dan sedia ada daripada pelbagai peringkat umur untuk menggunakan ruang dalam talian dengan selamat.



Pengerusi Penganjur Tech4Community, Encik Ho Seong Kim, berkata:



"SGTech bangga dapat memimpin 102 organisasi ini dalam ikrar digital industri ICT (Teknologi Komunikasi Maklumat) kami.



"Kami komited untuk memajukan pergerakan kesediaan digital, menolong setiap warga merentasi jurang digital dan pastikan mereka dapat aktif mengambil bahagian dalam masyarakat yang berdaya digital."



Menurut Dr Puthucheary, setakat ini, lebih 400 organisasi daripada pelbagai industri telah meletakkan komitmen mereka untuk menyumbang kepada usaha kesediaan digital.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >