Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Bantuan alat digital, kemahiran bagi warga emas di 55 hab komuniti

Pemerintah komited bantu warga emas jalani kehidupan digital bermakna, hindari kepalsuan dalam talian
Feb 26, 2021 | 05:30 AM



WARGA emas boleh mendapatkan bantuan berkaitan alat digital serta meraih kemahiran digital di Pejabat Digital SG (SDO) yang telah ditubuhkan di 55 hab masyarakat.



Hab-hab itu terletak di pusat masyarakat dan perpustakaan serata negara, dan mempunyai duta digital untuk antara lain mengajar warga emas cara menggunakan aplikasi dan ciri-ciri di telefon bijak mereka.



Menyatakan demikian di Parlimen semalam, Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary, berkata perluasan kehadiran dalam masyarakat itu, dengan menyediakan sokongan secara bersemuka, telah meningkatkan pendampingan dengan warga emas secara ketara.



"Pemerintah komited untuk membangunkan usaha-usaha ini untuk membantu warga emas mengambil bahagian dengan bermakna dalam kehidupan digital dan menjaga keselamatan diri dalam talian," katanya.



Dr Janil berkata demikian ketika menjawab soalan oleh Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar) yang bertanya tentang pengaruh kepalsuan dalam talian ke atas kumpulan usia berbeza, dan rancangan pemerintah untuk mendekati warga emas bagi membangunkan kecelikan digital dan media dalam mengatasi kepalsuan dalam talian.



Menurut Dr Janil, satu kajian yang dijalankan oleh Institut Pengajian Dasar (IPS) tahun lalu mendapati lebih dua pertiga peserta dalam kajian itu, daripada semua demografi, mengalami kesukaran membezakan maklumat salah daripada laporan berita yang tulen.



"Sedang kumpulan usia berbeza mungkin mempunyai tabiat pengambilan maklumat dan media yang berbeza, tiada kumpulan usia imun kepada maklumat salah.



"Malah, peserta yang sangat celik dan mahir, termasuk golongan muda dan mereka yang mempunyai pendidikan peringkat tinggi, terdedah," katanya.



Dr Janil menambah, kajian itu menekankan pentingnya usaha tertumpu untuk mengukuhkan kecelikan digital di kalangan segmen masyarakat berbeza.



Beliau berkata, pemerintah dan rakan kongsinya telah memperkenalkan beberapa inisiatif program seperti Sumber, Faham, Selidik, Nilai (Source, Understand, Research, Evaluate) atau Sure oleh Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) yang menggariskan empat langkah yang perlu diambil orang ramai untuk memastikan bahawa maklumat yang mereka dapatkan itu benar dan bukan khabar angin semata-mata.



Satu lagi program yang telah diperkenalkan ialah Kempen Internet Lebih Baik oleh Majlis Celikan Media.



"Tetapi kita sedar yang warga emas, khusnya, terus menghadapi cabaran menggunakan teknologi digital yang baru dan tidak dikenali.



"Oleh itu pada Mei 2020, kami menubuhkan SDO untuk mempercepatkan usaha melengkapi setiap individu, termasuk warga emas kita, dengan kemahiran dan alat digital," kata Dr Janil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >