ATLET Team Singapore akan mempunyai lebih banyak peluang maju di luar arena sukan apabila Rangkaian Perniagaan Kecemerlangan Sukan (spexBusiness) melancarkan inisiatif baru untuk menyokong peralihan hidup mereka selepas sukan.
Program spexEntrepreneurship baru itu akan menawarkan atlet akses pada mentor dan sumber untuk menjalankan perniagaan sendiri. Ini termasuk memandankan atlet dengan usahawan sesuai bagi sesi latihan satu sama satu dan menyediakan subsidi sewa ruang pejabat.
Program itu dilancarkan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu, pada Rabu (13 Jan).
Team Singapore Card, kad pertama seumpama itu, juga dilancarkan. Ia menawarkan diskaun dan insentif bagi atlet di kedai-kedai runcit di sekitar Hub Sukan di Kallang.
spexBusiness juga menyambut sembilan lagi syarikat - termasuk gergasi sukan adidas dan pasar raya NTUC FairPrice - menyertainya. Ia mempunyai 30 syarikat daripada 19 industri.
Seramai 62 atlet Team Singapore telah direkrut oleh syarikat rakan kongsi specBusiness sama ada bagi latihan amali (internship), perantisan dan kerja sambilan ataupun sepenuh masa.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sports Singapore, Lim Teck Yin, berkata: "Pembangunan dan sokongan atlet melebihi latihan mereka dan penyediaan sains sukan dan perkhidmatan sokongan perubatan.
"Pembangunan holistik atlet juga perlu mengambil kira peralihan berjaya mereka ke kerjaya selepas sukan."