Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bantuan diharap dapat kurangi kesan buruk Covid-19 di Indonesia

Jul 14, 2021 | 05:30 AM



Dalam kenyataannya, Yayasan Temasek melahirkan harapan bantuan yang diberikan dapat mengurangkan kesan buruk Covid-19 terhadap masyarakat di Indonesia.



Pengerusi Yayasan Temasek Antarabangsa, Cik Jennie Chua berkata ia menghargai usaha Kedutaan Indonesia di Singapura dan Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura yang telah membantu mempermudah proses tersebut.



"Dengan kemunculan varian yang baru dan lebih mudah berjangkit, wujud dorongan tambahan untuk masyarakat di Indonesia dan Singapura bekerjasama untuk menyokong respons terhadap pandemik ini," kata Cik Chua.



Ketua Pegawai Eksekutif DBS, Encik Piyush Gupta pula berkata:



"Kami telah mengendalikan operasi di Indonesia lebih daripada 30 tahun, kami amat sedih melihat negara itu menghadapi cabaran Covid-19 yang teruk, dengan kes yang terus melonjak tinggi.



"Dalam tempoh yang sukar, sumbangan ini menggambarkan perpaduan kami dengan pekerja, pelanggan dan masyarakat secara am di Indonesia."



Sebelum ini, pemerintah Singapura telah menghantar sebuah kapal Angkatan Laut Republik (RSN) yang membawa 40 tan oksigen cecair, 500 silinder oksigen dan 570 pemekat oksigen ke Tanjung Priok, Indonesia.



Dua pesawat yang membawa bekalan perubatan juga telah berlepas ke sana minggu lalu, membawa antaranya alat pengalih udara, pelitup, sarung tangan dan gaun perubatan.



Peralatan dan bekalan oksigen kecemasan itu dihantarkan menyusuli permintaan Indonesia, menurut menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) sebelum ini.



Pada awal bulan ini, Indonesia telah mencatatkan lebih 240,000 kes Covid-19 dengan sebanyak 6,000 kematian.



Jumlah kes yang terus melonjak ini telah menyebabkan kekurangan katil dan juga bekalan oksigen di hospital.



Akibatnya ribuan penduduk tidak dapat menerima rawatan perubatan yang mencukupi.



Pihak berkuasa Indonesia melanjutkan sekatan Covid-19 kepada sebanyak 15 lokasi baru di seluruh arkipelago itu Jumaat lalu.



Ini merupakan sebahagian usaha untuk mengelak daripada krisis seperti di Jawa, dengan hospital yang hampir mencapai hadnya, bekalan oksigen yang rendah serta empat daripada lima tapak pengebumian yang khusus bagi kes Covid-19 di ibu kota Jakarta hampir penuh.



Antara entiti lain yang turut menyumbang kepada usaha tersebut termasuk Yayasan Tanoto, Yayasan Bakti Barito, Indies Capital Partners, Sinar Mas, Yayasan CapitaLand, bank DBS dan Singtel.



Dalam kenyataannya, Yayasan Tanoto berkata ini adalah kali kedua ia bekerjasama dengan Yayasan Temasek semasa pandemik ini.



Lewat tahun lalu, kededua yayasan itu telah bekerjasama untuk mendermakan mesin perubatan dan peralatan ujian kepada makmal GSI Lab. Sokongan itu membolehkan makmal tersebut melakukan tambahan 600 ujian sehari, kata Yayasan Tanoto.



Duta Indonesia di Singapura, Suryo Pratomo berkata negara tersebut kini menghadapi situasi yang amat mencabar, terutama sekali di Jakarta.



"Bagi saya dan rakan kerja saya yang kini bekerja di luar negara, kami ingin berusaha untuk mengumpulkan semua rakan kepada Indonesia dan semua sumber penting untuk menghadapi situasi ini.



"Saya gembira masyarakat Indonesia di Singapura juga bertindak untuk membantu penduduk kami di Indonesia," katanya menerusi satu kenyataan semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >