Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bantuan kepada perusahaan sosial saksikan sektor berkembang di tengah pandemik

Oct 19, 2022 | 05:30 AM



SEJURUS sebelum Covid-19 muncul pada Januari 2020, perusahaan sosial, Amazing Speech Therapy (AST), telah mendakap konsep baru - iaitu platform dalam talian dengan ahli terapi dapat menjalankan beberapa sesi bersemuka secara maya supaya mereka dapat mencapai bilangan pelanggan yang lebih luas.



"Cabaran terbesar ialah semua orang agak ragu-ragu terhadap terapi dalam talian. Kami menghabiskan banyak masa dengan mencadangkan kepada pelanggan kami agar mencubanya secara percuma, kerana kami benar-benar mahu membantu mereka," kata pengasas AST, Cik Beatrice Teo.



AST menawarkan perkhidmatan terapi pertuturan dan menelan yang berpatutan untuk pelbagai pelanggan termasuk kanak-kanak dengan gangguan spektrum autisme dan Sindrom Down, dan orang dewasa yang mengalami strok/angin ahmar dan demensia.



Dalam perbualannya bersama ketua eksekutif Pusat Perusahaan Sosial Singapura (raisE), Encik Alfie Othman, Cik Teo mendapat galakan daripada cadangan dan pandangan Encik Alfie, dan AST meneruskan pelancaran Telehope, katanya.



Platform ini juga menawarkan ciri seperti permainan dan video interaktif. raiSE membantu AST, yang merupakan anggotanya sejak 2019, memperoleh pembiayaan untuk projek itu, yang terbukti menjadi apa yang diperlukan pada ketika itu.



Cik Teo, 35 tahun, berkata walaupun kebanyakan pusat terapi pertuturan konvensional tidak mempunyai kemudahan dalam talian, AST merawat 70 peratus pelanggannya melalui sesi terapi dalam talian semasa pandemik.



"Banyak syarikat terapi swasta lain kehilangan wang, jadi mereka menurunkan gaji kakitangan dan memaksa kakitangan mereka bercuti tanpa gaji. Disebabkan ini, saya berjaya mendapatkan ramai ahli terapi yang datang ke AST. Saya tahu pandemik ini adalah sementara, dan kami hanya perlu mengharunginya," kata Cik Teo.



Walaupun AST dilancarkan pada waktu yang baik, tidak semua perusahaan sosial, yang merupakan perniagaan dengan matlamat sosial sebagai tujuan utama mereka, bertuah, dan raiSE berkumpul untuk membantu anggotanya.



Ia mengetepikan yuran bagi tahun 2020, meningkatkan portal keahliannya untuk kerjasama yang lebih cekap antara perusahaan sosial dengan rangkaian bantuan, dan membangunkan kit alat bantu diri supaya perusahaan dapat mengekalkan diri mereka sendiri.



Disebabkan usaha ini, sektor perusahaan sosial terus berkembang, menyaksikan kenaikan daripada $179 juta pada 2020 kepada $210 juta pada 2021, kata raiSE.



raiSE berkata ia kini mempunyai 365 anggota, dengan 27 peratus daripadanya menyertai pada 2021 buat kali pertama, mencari peluang baru untuk pertumbuhan dan pembiayaan.



raiSE, sebuah kerjasama merentas sektor yang ditubuhkan pada 2015, menawarkan kerjasama antara anggotanya, sesi 'masterclass' dan sesi bimbingan dengan pertubuhan lain dan veteran industri.



Seperti perniagaan komersial lain, pandemik menimbulkan cabaran kelangsungan hidup kepada perusahaan sosial, yang terpaksa menggandakan usaha demi memastikan kesinambungan impak sosial mereka, semasa dan selepas wabak itu, kata Encik Alfie kepada The Straits Times.



Beliau berkata usaha raiSE juga melengkapkan geran dan sokongan pemerintah. Ramai yang berinovasi dan mengubah produk serta perkhidmatan untuk menyesuaikan diri dengan lebih baik bagi menangani cabaran - daripada melibatkan penerima manfaat mereka dalam talian kepada mendigitalkan perkhidmatan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >