Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bantuan lebih menyeluruh sebaik saja keluarga punya anak mohon flat sewa

Desmond Lee: Dimasukkan dalam Skim Flat Sewa ComLink baru, dihubungi pegawai bagi diberi sokongan sosial, kesihatan dan masyarakat
Nov 19, 2022 | 05:30 AM



KELUARGA mempunyai anak yang memohon flat sewa awam kini secara automatik disertakan dalam skim ComLink untuk mendapat sokongan sosial, kesihatan dan masyarakat lebih menyeluruh, umum Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.



Beliau berkata di bawah Skim Flat Sewa ComLink baru itu, semua keluarga sedemikian yang layak akan ditawarkan sokongan sosial bersepadu itu untuk membantu mereka "mencapai kestabilan, dan kemudian menjadi berdikari dan pada dasarnya, mengecapi mobiliti sosial".



Skim ComLink, yang dirintis pada April 2019, menyediakan sokongan menyeluruh bagi keluarga mempunyai anak yang tinggal di flat sewa untuk membantu mereka mempertingkat keadaan hidup dan menjadi berdikari.



Melalui skim itu, pegawai ComLink akan mendekati keluarga sedemikian dan membantu mereka memanfaatkan sumber dan program sedia ada untuk menangani cabaran dan keperluan.



Antara program itu ialah bantuan kewangan ComCare dan program KidSTART, yang menyediakan sokongan buat kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah agar mempunyai permulaan baik dalam kehidupan.



Sekitar 11,000 keluarga telah didekati di bawah skim ComLink itu hingga bulan lalu.



Kini di bawah skim baru itu, sebaik sahaja membuat permohonan bagi flat sewa HDB, keluarga yang mempunyai anak akan secara automatik disertakan di bawah ComLink, dan pegawai ComLink kemudian akan secara proaktif menghubungi mereka untuk memahami keadaan mereka.



Mengumumkan tentang skim baru itu di sesi rangkaian SG Cares Community @ Bukit Batok/Bukit Panjang/Choa Chu Kang di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat semalam, Encik Lee berkata:



"Kami dapat melihat bagaimana pendekatan bersepadu bagi sokongan sosial ini mula memberi kesan kepada kehidupan keluarga yang kami hulurkan khidmat, dan kami mahu meluaskannya kepada lebih ramai keluarga.



"Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan Kementerian Pembangunan Negara (MND) bersatu untuk melancarkan Skim Flat Sewa ComLink bulan ini, yang menyepadukan bantuan perumahan sewa dengan sokongan ComLink menyeluruh."



Encik Lee, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial, berkata pegawai yang menghubungi keluarga sedemikian akan berkongsi bersama mereka pelbagai cara ComLink akan membantu, bahkan sebelum keluarga itu berpindah ke flat sewa mereka.



"Pegawai itu akan menghubungkan mereka dengan bantuan yang relevan, jika keluarga itu mempunyai keperluan segera," kata beliau.



Encik Lee menambah bahawa pegawai ComLink akan terus berhubung dengan keluarga flat sewa dan juga menyelaraskan bantuan daripada Pejabat Khidmat Sosial (SSO) dan rakan masyarakat lain, untuk memberi jaminan lebih besar kepada keluarga itu dalam mencapai matlamat mereka.



Antara benefisiari ComLink ialah Cik Fadzilah Zubir, 38 tahun, seorang ibu tunggal yang tinggal di flat sewa sejak sedekad lalu dan tidak dapat bekerja sejak 2014 akibat masalah tulang belakang yang dialaminya disebabkan kecederaan di tempat kerja.



Cik Fadzilah berkongsi bahawa dengan bantuan pegawai ComLink, beliau menerima pelbagai sokongan, seperti bantuan kewangan ComCare sebanyak $850 sebulan.



"Skim ComLink ini banyak membantu saya. Memandangkan saya tidak dapat bekerja atas sebab kesihatan, mereka membantu saya mendapatkan bantuan kewangan, bantuan untuk duit sewa rumah dan sebagainya," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >