Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bantuan pupuk usahawan muda setempat 'diselaraskan'

Dec 12, 2022 | 05:30 AM



DI balik perniagaan dan jenama yang kian dikenali di Singapura ialah usahawan muda yang berani mencetus inovasi dan mencuba sesuatu yang baru.



Meskipun berdepan pelbagai cabaran, perintis belia ini bersemangat untuk mengukir laluan mereka sendiri, dan menempa nama dalam bidang yang diceburi.



Seramai 100 usahawan berusia 35 tahun dan ke bawah dalam pelbagai bidang dari industri kreatif, runcit hingga makanan dan minuman (F&B) telah dikenal pasti sebagai pemimpin industri generasi akan datang di bawah inisiatif Sandbox Somerset baru-baru ini.



Anjuran syarikat Invade dengan kerjasama Pejabat Kawasan Somerset di bawah Majlis Belia Kebangsaan (NYC), acara itu bertujuan meraikan semangat keusahawanan, dan menyediakan wadah bagi belia untuk berkongsi pengalaman menerusi program bimbingan, acara 'pop up' dan perkongsian panel.



Pengasas agensi pemasaran digital Danamic, Encik Muhammad Danish Muhammad Imran, 27 tahun, merupakan antara belia yang menyertai acara tersebut yang diadakan sepanjang dua hujung minggu di kawasan Somerset baru-baru ini.



"Semangat keusahawanan telah berkembang dari tahun ke tahun, dengan anak muda hari ini lebih mampu memanfaatkan sumber dan didorong semangat masyarakat.



"Kemampuan belia untuk memanfaatkan teknologi dan peluang baru serta sokongan ekosistem startup hari ini adalah hebat sekali," kata Encik Danish, yang syarikatnya kini mempunyai seramai 15 kakitangan.



Antara faktor yang mendorong perkembangan ini ialah sikap belia yang terbuka berkongsi idea dan memupuk hubungan baru dari dalam talian ke luar talian, katanya.



Seorang lagi usahawan yang menyertai acara Sandbox Somerset itu ialah Encik Muhammad Raimy Ismail, 29 tahun, pengasas perniagaan pastri Sinful Cakes.



"Secara peribadi, saya rasa belia Singapura menuju ke arah yang betul dalam menjadi usahawan berjaya.



"Kami mempunyai sumbernya dan pada zaman ini, kami boleh mendekati klien dengan mudah," ujar Encik Raimy, yang mula menjual pastri dari media sosial pada usia 19 tahun dan kini mempunyai kedai beliau sendiri.



Pengasas dan ketua pegawai eksekutif Invade yang menganjurkan Sandbox Somerset, Encik Kent Teo, berkata acara tersebut merupakan kerjasama pelbagai pertubuhan demi menyuntik pembaharuan kepada kawasan Somerset, selain menghimpunkan perintis belia dan profesional industri di satu tempat.



"Acara itu menyediakan sumber, pandangan dan bentuk sokongan lain bagi belia untuk mengkaji idea kreatif yang memberi kesan serta berhubung dengan rakan-rakan untuk menemui pengalaman baru.



"Kami berharap dapat mengenal pasti muka baru untuk menambah kepada senarai 100 perintis Somerset itu pada tahun-tahun akan datang untuk meraikan pencapaian mereka dan memberi inspirasi kepada usahawan baru," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >