Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bantuan tambahan TAA bantu penerima hadapi cabaran bertambah Covid-19

taa
Jul 13, 2021 | 05:30 AM



Encik Farihullah menambah bahawa jumlah kutipan semasa kempen Ramadan lalu melebihi jangkaan TAA, dan kerana itu ia dapat memberi bantuan tambahan kepada benefisiari untuk menyokong mereka dalam keadaan ekonomi semasa.



"Kami berharap bantuan ini dapat meningkatkan semangat dan harapan penerima bantuan kami," kata beliau.



Bantuan kewangan kedua itu bertujuan membantu mereka mengharungi cabaran bertambah akibat pandemik Covid- 19.



Ini kali kedua TAA berbuat demikian semasa pandemik ini.



Penerima bantuan TAA terdiri daripada fakir dan miskin dan pesakit kronik.



Tahun lalu, TAA mengagihkan lebih $1.48 juta kepada sekitar 3,300 benefisiari. Ini termasuk bantuan yang diberikan semasa Ramadan dan semasa pengagihan kedua sejumlah $331,600.



Seorang penerima bantuan, Cik Zanizah Aziz, 53 tahun, berasa amat berbesar hati dengan bantuan kewangan yang diterima ini yang dapat meringankan beban kewangan keluarganya, lebih-lebih lagi menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha.



Selain menjadi pencari nafkah utama, ibu tunggal itu perlu menjaga dua anak berkeperluan khas beliau yang berusia 23 dan 21 tahun.



"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penderma di luar sana. Bantuan tambahan yang saya terima dapat saya gunakan untuk keluarga bagi sambutan Hari Raya Aidiladha," katanya.



Di tengah-tengah pandemik Covid-19, TAA memanfaatkan wadah dalam talian bagi mengumpul derma. Antara lain kerana wadah dalam talian bukan memudahkan orang ramai menderma sahaja, bahkan membolehkan mereka menderma jumlah lebih fleksibel.



Mereka tidak perlu keluar rumah atau pergi ke bazar Ramadan - yang tidak diadakan tahun lalu dan tahun ini dek Covid-19 - untuk menyumbang kepada TAA.



Kutipan dana melalui wadah digital mula diterokai sejak sekitar tiga tahun lalu, di bawah program transformasi digital sebagai persediaan masa hadapan.



Pada tahun pertama ia dilancarkan, hanya 2 peratus daripada jumlah kutipan TAA adalah sumbangan dalam talian. Sumbangan dalam talian mencapai 10 peratus pada tahun seterusnya.



Angka itu kemudian naik mendadak tahun lalu kepada 80 peratus.



Sejak Covid-19 bermula, semua usaha mendekati penderma dijalankan melalui laman TAA - www.TAA.sg - sebagai wadah derma utama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >